Lelaki maut, tangan kiri hilang dipercayai dibaham buaya

Ketika pasukan pencarian menemukan mangsa, seekor buaya dilihat sedang menggigit tangan kiri mangsa. Gambar hiasan
Ketika pasukan pencarian menemukan mangsa, seekor buaya dilihat sedang menggigit tangan kiri mangsa. Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Seorang lelakiyang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Tutoh, Baram di Miri pada Rabu lepas ditemukan meninggal dunia pagi tadi dalam keadaan mayat tidak sempurna.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa dikenali sebagai Prashant, 21, dan kru sebuah kapal yang berlabuh di kawasan hilir Kampung Kuala Tutoh ditemukan pada jam 9.30 pagi, kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dikhuatiri lemas.

"Ketika pasukan pencarian menemukan mangsa, seekor buaya dilihat sedang menggigit tangan kiri mangsa. Keseluruhan tangan kiri mangsa hilang disyaki dibaham buaya itu.

"Punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan, sama ada berkaitan dengan serangan buaya atau sebaliknya. Mayat mangsa yang juga warga India diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat,” katanya hari ini.

Operasi SAR yang berlangsung selama dua hari dan tamat pada jam 11 pagi tadi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, menggunakan satu jentera Triton dan sebuah bot aluminium.

Turut serta dalam operasi itu adalah Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Pada Rabu lepas, media melaporkan pihak JPBM Sarawak menerima makluman berhubung kehilangan mangsa daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi selepas mangsa dipercayai lemas ketika mandi di sungai berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki yang hilang di Sungai Kuala Tutoh, Baram di Miri ditemukan meninggal dengan mayat tidak sempurna
  • Mangsa dikenali sebagai Prashant, 21, merupakan kru kapal yang berlabuh di Kampung Kuala Tutoh
  • Seekor buaya dilihat menggigit tangan kiri mangsa sehingga tangan tersebut hilang
  • Punca kematian belum dapat dipastikan, mayat diserahkan kepada polis untuk bedah siasat
  • Operasi SAR berlangsung selama dua hari dengan penglibatan BBP Marudi, PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!