Kanak-kanak 12 tahun maut dibaham buaya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai dibaham buaya di Kampung Empila, Kota Samarahan. Gambar hiasan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai dibaham buaya di Kampung Empila, Kota Samarahan. Gambar hiasan.
A
A
A

KUCHING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai dibaham buaya di Kampung Empila, Kota Samarahan kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya di sini hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat kanak-kanak itu dijumpai kira-kira 10 meter dari tempat terakhir mangsa dilihat.

PGO JBPM menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 7.53 pagi tadi dan menurut saksi sebelum kejadian mangsa yang berada di atas perahu dipercayai sedang memasang jala.

"Saksi kemudian mendengar mangsa menjerit dan apabila melihat ke arah lokasi suara tersebut mendapati mangsa telah hilang. Saksi terus ke lokasi dan membuat pencarian awal sebelum menghubungi talian kecemasan.

"Mangsa berjaya dijumpai pihak bomba pada jam 9.50 pagi dan mengalami kecederaan pada bahagian dada. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dibaham buaya di Kampung Empila, Kota Samarahan
  • Mayat dijumpai 10 meter dari tempat terakhir mangsa dilihat
  • PGO JBPM menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 7.53 pagi
  • Mangsa dipercayai sedang memasang jala di atas perahu sebelum diserang
  • Mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!