Terbabas ketika memotong, wanita maut digilis dua kenderaan

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 405.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, Hulu Selangor pada Sabtu.
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 405.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, Hulu Selangor pada Sabtu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang dipercayai dalam perjalanan dari Rawang ke Sik, Kedah terbabas sebelum digilis di Kilometer 405.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, kejadian kira-kira jam 6.20 pagi berlaku semasa motosikal jenis SYM ADXT yang ditunggang mangsa berusia 45 tahun cuba memotong kenderaan di lorong tengah.

Menurutnya, motosikal mangsa bagaimanapun hilang kawalan dan tercampak ke tengah jalan.

"Sebuah lori dan kereta dari arah yang sama tidak sempat mengelak sebelum menggilis mangsa.

"Kemudian, datang sebuah motosikal jenis BMW ditunggang lelaki berusia 62 bersama pembonceng cuba mengelak, namun telah dilanggar sebuah van," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, wanita terbabit yang bekerja sebagai pembantu operasi klinikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

"Penunggang dan pembonceng motosikal jenis BMW yang cedera turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Katanya lagi, polis kini sedang mengesan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Khairul Salleh Abdull Rahman di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Wanita maut digilis dua kenderaan selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan
  • Kejadian berlaku ketika cuba memotong kenderaan di lorong tengah
  • Mangsa tercampak ke tengah jalan dan dilanggar oleh lori dan kereta
  • Wanita tersebut bekerja sebagai pembantu operasi klinikal
  • Polis sedang mengesan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!