Bila aib keluarga jadi 'content' di media sosial

Masalah rumah tangga takkan selesai dengan 'likes' dan komen. Foto hiasan
Masalah rumah tangga takkan selesai dengan 'likes' dan komen. Foto hiasan
A
A
A

SEKARANG ini kalau buka media sosial, tak kisah TikTok, Facebook atau Threads semuanya penuh kisah hal rumah tangga orang.

Macam tengok drama bersiri, cuma bezanya, pelakon tak dibayar. Semua cerita seperti real, semua nak jadi mangsa dan nak menang simpati.

Ada yang sanggup buat akaun palsu semata-mata nak cerita pasal perangai pasangan. Ada yang siap karang ayat panjang berjela, dari hari pertama kahwin sampai ke perangai mak mertua. Kononnya nak luah perasaan.

Lagi pelik, makin ramai yang rasa benda ini normal. Siap ada yang komen, “Spill the tea sis!” Padahal si penulis tengah buka pekung sendiri.

Kalau betul pun cerita itu, tak semua benda perlu diumumkan. Kalau palsu pula, lagi besar dosa sebab yang kau jatuhkan bukan sekadar nama orang tetapi maruah.

Yang paling buat Merak Jalanan geleng kepala, artis pun sama naik. Bila gaduh, terus buat kenyataan terbuka. Bila cerai, siap buat sidang media.

Dulu, orang simpan air muka pasangan walau bercerai sekali pun. Sekarang, siap tayang muka depan kamera. Inilah zaman di mana content lebih penting daripada kehormatan.

Semua orang pun ada badai sendiri tetapi ada beza orang matang dengan orang gila perhatian. Yang matang cari jalan selesai, yang gila perhatian cari sosial media.

Maka tak peliklah bila statistik perceraian tahun ini naik mencanak. Bila setiap pergaduhan jadi tontonan umum, bila nasihat orang luar lebih diutamakan daripada komunikasi dengan pasangan sendiri, rumah tangga bukan lagi tempat tenang tetapi pentas drama tanpa skrip.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan cuma nak pesan satu, kalau hati tengah luka, jangan buka aib di tempat orang ketawa. Dunia bukan tempat mencari simpati, media sosial bukan kaunselor perkahwinan.

Masalah rumah tangga takkan selesai dengan likes dan komen. Kalau semua pekung nak dihebah, jangan salahkan dunia bila maruah hilang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!