Covid-19: Lebuh raya tidak ditutup, PDRM cuma perketatkan kawalan

Anggota Polis, Tentera dan Rela membuat pemeriksaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini. Foto Bernama
Anggota Polis, Tentera dan Rela membuat pemeriksaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR- Polis menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya badan beruniform itu telah mengarahkan semua lebuh raya di seluruh negara ditutup sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari sehingga 31 Mac ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya hanya memperketat kawalan di semua lebuh raya bagi memastikan orang ramai mematuhi PKP yang bermula pada 18 Mac.

Sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu, hanya kenderaan daripada perkhidmatan yang perlu sahaja dibenarkan menggunakan lebuh raya.

“Kenderaan lain yang tidak berkaitan tidak akan dibenarkan menggunakan lebuh raya dan diarah berpatah balik atau menggunakan jalan lain,” katanya kepada Bernama.

Azisman turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP.

“Kenderaan yang tidak berkaitan diminta untuk tidak menggunakan lebuh raya,” katanya.

Hari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa semua lebuh raya di bawah kendaliannya tetap beroperasi sepanjang tempoh PKP memandangkan ia adalah laluan kritikal dalam negara.

Terdahulu, mesej bahawa beberapa laluan di lebuh raya telah ditutup kepada lalu lintas tular di media sosial diiringi rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kenderaan yang menggunakan Plaza Tol Duta diarah berpatah balik oleh anggota bertugas. -Bernama

Artikel Berkaitan: