Zara Qairina gemar catat nama pelajar tidak solat di surau, ramai tak suka - Saksi

KOTA KINABALU - Saksi ke-15 iaitu kanak-kanak ketujuh memberitahu Mahkamah Koroner di sini dalam prosiding Inkues Zara Qairina Mahathir bahawa kebanyakan pelajar tidak menyukai perwatakan pelajar Tingkatan Satu itu kerana perbuatannya mencatat nama mereka yang tidak menunaikan solat berjemaah di surau.
Peguam Rizwandean M Borhan berkata, saksi yang memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan sedikit sebanyak mengesahkan jalan cerita mengenai kejadian pada malam 15 Julai lalu.
"Saksi menyatakan bahawa Zara Qairina dikenali sebagai seorang pelajar yang ceria, suka bercakap dan menegur pelajar lain secara baik.
"Saksi kadang-kadang ada bercakap dan bertegur sapa dengan Zara. Saksi tahu Zara bercita-cita menjadi Badar iaitu pengawas surau.
"Namun saksi berkata ada juga pelajar yang tidak suka dengan perwatakan Zara. Kebanyakan pelajar lain tidak suka kerana Zara mencatat nama mereka yang tidak solat berjemaah di surau.
"Saksi juga mengatakan Zara menganggap seorang pelajar senior seperti kakaknya sendiri dan Zara memberitahu pelajar tersebut merupakan senior kegemarannya," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Selasa.
Menurut Rizwandean, saksi turut memaklumkan bahawa sekitar jam 10.20 malam Zara Qairina mengetuk pintu, memberi salam dan meminta izin masuk ke dalam dorm tersebut.
"Pada mulanya, Zara berjumpa dengan seorang pelajar di dorm berkenaan berkaitan kes kecurian barang milik seorang pelajar lain. Saksi mengatakan Zara kelihatan takut ketika itu.
"Kemudian, empat pelajar masuk ke dalam dorm tersebut dan terus menuju ke arah Zara yang sedang duduk bersila di lantai. Seorang daripada mereka jelas memarahi Zara sambil menjerit kuat menggunakan kata kesat 'sial', manakala seorang lagi hanya menegur Zara," katanya.
Beliau menambah, saksi mengatakan keadaan pelajar-pelajar yang memarahi Zara Qairina ketika itu adalah garang.
"Ahli dorm yang berada di situ tidak berani menenangkan Zara semasa dia menangis. Pada masa yang sama, beberapa pelajar dari bilik dorm Zara memeriksa loker almari Zara dan menemui pin bendera milik seorang pelajar lain di dalam begnya. Disebabkan itulah pelajar senior tersebut marah," katanya.
Prosiding akan bersambung pada 7 Oktober depan bagi mendengar keterangan saksi ke-16 iaitu kanak-kanak kelapan yang keterangannya baru bermula.
Rizwandean bersama rakan sepasukannya Shahlan Jufri, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, 45, sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Kebanyakan pelajar tidak menyukai Zara Qairina kerana mencatat nama mereka yang tidak solat berjemaah
- Zara dikenali sebagai pelajar yang ceria dan berminat menjadi Badar, pengawas surau
- Pelajar lain tidak berani menenangkan Zara ketika dia menangis akibat dimarahi
- Zara meminta izin masuk ke dalam dorm sebelum dimarahi oleh beberapa pelajar senior
- Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di hospital keesokan harinya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
