Tahanan di rumah: Laungan 'Bosku' sambut Najib 'pulang'

Bekas Perdana Menteri itu tiba sekitar jam 9.27 malam dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak.
Bekas Perdana Menteri itu tiba sekitar jam 9.27 malam dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediamannya di Langgak Duta di sini, untuk menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah, berkuat kuasa Selasa.

Bekas Perdana Menteri itu tiba sekitar jam 9.27 malam dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dan diiringi beberapa kenderaan daripada Jabatan Penjara serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketibaan bekas Presiden UMNO itu 'disambut' laungan 'Bossku' oleh beberapa penyokongnya yang sudah berada di kawasan tersebut sejak petang tadi.

Bekas Perdana Menteri itu tiba sekitar jam 9.27 malam.
Bekas Perdana Menteri itu tiba sekitar jam 9.27 malam.

Selain pengamal media, kenderaan pasukan PDRM dan Jabatan Penjara turut berada di sekitar kediaman Najib untuk kawalan keselamatan.

Sebelum ini Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin mengeluarkan perintah pelepasan baharu yang membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Perintah itu turut membatalkan sepenuhnya perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu dan menggantikannya dengan perintah baharu selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu.

Artikel Berkaitan:

Beberapa beberapa kenderaan daripada Jabatan Penjara serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi Najib yang tiba di Langgak Duta di sini.
Beberapa beberapa kenderaan daripada Jabatan Penjara serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi Najib yang tiba di Langgak Duta di sini.

Perkembangan itu sekali gus menamatkan ketidaktentuan berhubung pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib yang sebelum ini ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Selain itu kediaman Najib turut diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.

Perisytiharan tersebut dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 (Akta 537).

Dokumen rasmi itu termaktub dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh hari ini, yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!