Saksi tak pernah lihat Zara Qairina diraba atau dilakukan tidak senonoh

KOTA KINABALU - Saksi ke-16 yang merupakan kanak-kanak kelapan memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia tidak pernah lihat Zara Qairina Mahathir diraba atau pelajar melakukan perkara tidak senonoh terhadap pelajar Tingkatan Satu itu di asrama ataupun sekolah.
Peguam Joan Goh berkata, saksi tersebut ditemani oleh bapanya memberi keterangan tersebut dalam inkues kematian Zara Qairina di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan yang berlangsung pada Selasa.
"Saksi mengatakan selepas Zara berjumpa dengan senior, Zara nampak seperti dalam terganggu.
"Zara baring di lantai sambil menangis di depan almari. Zara tidak pernah menjerit dan menangis sebelum ini.
"Menurut saksi, Zara juga tidak pernah mengadu tentang masalah persendirian atau berkonflik dengan sesiapa.
"Zara tidak pernah mengadu tentang gangguan semasa di asrama seperti buli, tekanan belajar dan keletihan," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
Bagaimanapun beliau berkata, saksi tidak pasti sama ada Zara mempunyai konflik dengan pelajar lain di sekolah tersebut.
"Saksi tidak pernah mempunyai konflik dengan Zara. Saksi tidak pernah nampak Zara dimarah atau diganggu oleh pelajar lain.
"Saksi juga tidak pernah nampak sesiapa pelajar meraba atau melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap Zara di bilik asrama atau sekolah," katanya
Joan berkata, saksi mengatakan bahawa Zara Qairina ada menulis diari di dalam sekolah, namun tidak pernah membaca diari tersebut.
"Dia sentiasa menulis diari di dalam bilik asrama pada waktu petang dan malam.
"Saksi tidak tahu berapa buku diari yang Zara ada dan saksi tidak pasti sama ada Zara menulis diari setiap hari.
"Semasa Zara mengatakan kepada saksi 'bagaimana kalau saya terjun dari tingkat tiga, kau sedih kah', hanya mereka berdua berada di hadapan dorm dan Zara melihat ke bawah dari koridor asrama dengan keadaan murung. Kejadian itu berlaku sekitar bulan April lalu," katanya.
Joan dan rakan sepasukannya, Datuk Ram Singh merupakan peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh dalam kes berkaitan Zara Qairina dan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Saksi ke-16, kanak-kanak kelapan, tidak pernah lihat Zara Qairina diraba atau dicabul di asrama atau sekolah
- Zara terlihat terganggu selepas berjumpa dengan senior, menangis tanpa sebab yang diketahui sebelumnya
- Zara tidak pernah mengadu tentang masalah persendirian, konflik, buli, tekanan belajar atau keletihan semasa di asrama
- Saksi tidak pernah melihat Zara dalam konflik dengan pelajar lain atau menjadi subjek gangguan
- Zara Qairina menulis diari di asrama namun kandungannya tidak diketahui, pernah bertanya tentang reaksi jika terjun dari tingkat tiga
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
