Bayi berusia 8 hari dihempas ke lantai hingga kepala pecah

BARABAI – Seorang bayi berusia lapan hari berdepan kematian tragis selepas dia dihempas ke lantai hingga kepalanya pecah.
Kejadian menggemparkan itu berlaku di Desa Gambah, Kecamatan Barabai, Kabupaten Hulu Sungai Tengah (HTS) di Kalimantan Selatan, Indonesia pada Isnin lalu.
Perbuatan kejam itu dilakukan HA atau BT, 38, berasal dari Kecamatan Batu Benawa ke atas bayi perempuan diberi nama ST.
Jurucakap pihak berkuasa, AKP Andi Patinasarani dan Kasihumas, Ipda Taufik menerusi kenyataan bersama memaklumkan kejadian itu berlaku selepas pelaku berkunjung ke rumah datuk mangsa, Supian Suri, 63.
"Ketika itu, hanya ada neneknya, Paridah, 60, dan bayi itu yang sedang nyenyak tidur. HA bertanyakan tentang keberadaan Supian. Dia kemudiannya bertanyakan tentang ST.
"Pelaku naik angin selepas mendapat tahu bayi tersebut merupakan anak kepada ZR, 23. Tanpa berfikir panjang, dia mengangkat ST lalu menghempasnya ke lantai sebanyak dua kali hingga mangsa berlumuran darah," jelas kenyataan itu.
Difahamkan, jeritan Paridah menyebabkan jiran tetangga segera ke rumah tersebut dan menangkap HA.
Suspek kini berada dalam tahanan pihak berkuasa dan jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 15 tahun.
"Kami mengambil serius kes ini dan pelaku akan terima hukuman setimpal," menurutnya lagi.
Ringkasan AI
- Bayi berusia lapan hari meninggal tragis setelah dihempas ke lantai hingga kepala pecah
- Kejadian berlaku di Desa Gambah, Kalimantan Selatan, Indonesia
- Pelaku, HA atau BT, 38, melancarkan tindakan kejam tersebut
- Kejadian berlaku selepas pelaku mengetahui bayi tersebut adalah anak kepada ZR, 23
- Suspek kini ditahan dan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

