[VIDEO] Inkues Zara Qairina: Sebahagian 27 item akan diteliti pakar forensik dokumen - Peguam

A
A
A

KOTA KINABALU - Peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memaklumkan terdapat sebahagian daripada 27 item melibatkan dokumen berbentuk buku yang akan diteliti oleh pasukan pakar forensik pemeriksa dokumen yang dibawa dari Kuala Lumpur.

Peguam Shahlan Jufri berkata, sepatutnya terdapat dokumen yang akan diteliti di Mahkamah Koroner, di sini pada Khamis oleh pasukan forensik terdiri daripada tiga pakar yang hadir.

"Ia merupakan dokumen baharu yang telah dirampas oleh pasukan polis dan sudah dibawa ke mahkamah. Namun, penelitian terhadap dokumen tersebut ditangguhkan berikutan beberapa isu teknikal. Sepatutnya hari ini dokumen itu boleh dibuka (unseal) dan pakar boleh menelitinya.

"Namun kami menggunakan pelan kedua, pegawai pengendali pun bersetuju dilakukan pada minggu depan barulah dokumen-dokumen baharu itu diteliti oleh saksi daripada forensik Jabatan Kimia.

"Beberapa dokumen berkaitan dengan Zara. Buku-buku berkaitan dengan tulisan tangan. Sebahagian daripada 27 item yang diteliti. Ini dokumen baharu yang telah diteliti," katanya kepada pemberita selepas prosiding inkues di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, jelasnya, bukan kesemua 27 item diteliti, sebaliknya hanya sebahagian daripadanya sahaja melibatkan dokumen yang dibungkus dalam plastik.

"Buku 'love and peace' itu sebenarnya dalam dokumen bungkusan plastik yang telah dibungkuskan. Sepatutnya hari ini buka dan diteliti oleh pakar.

"Tiga orang pakar tapi ditangguhkan pada hari lain atas persetujuan pihak kami dan juga pegawai pengendali," katanya.

Tambahnya, pasukan pakar itu akan berada di sini untuk meneliti dokumen sehingga esok sebelum kembali ke Semenanjung, dan kemungkinan besar akan datang semula untuk meneliti dokumen yang akan dibuka oleh saksi bersama Jabatan Kimia.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin dalam minggu depan," katanya sambil menambah, daripada keseluruhan dokumen itu, hanya sekitar 10 hingga 12 item yang akan diteliti terlebih dahulu.

Sebelum itu, Shahlan turut disertai rakan guaman lain iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan Farrah Nasser.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

 

 

Ringkasan AI

  • Peguam mewakili ibu Allahyarhamah Zara Qairina maklumkan sebahagian daripada 27 item dokumen akan diteliti oleh pakar forensik
  • Dokumen yang ditangguh penelitiannya atas isu teknikal diharapkan dibuka dan diteliti minggu depan
  • Dokumen berkaitan dengan Zara termasuk buku dengan tulisan tangan
  • Bukan semua 27 item diteliti, hanya sebahagian yang dibungkus dalam plastik
  • Pasukan pakar akan meneliti dokumen hingga esok sebelum kembali ke Semenanjung, dan mungkin datang semula minggu depan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!