Orang ramai di Kelantan rebut peluang tukar MyKad percuma demi subsidi RON95

Meskipun begitu, proses perjalanan bermula pengambilan nombor giliran sehingga pungutan MyKad dilihat berjalan lancar serta cepat.
Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN.
Meskipun begitu, proses perjalanan bermula pengambilan nombor giliran sehingga pungutan MyKad dilihat berjalan lancar serta cepat. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN.
A
A
A

KOTA BHARU - Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini diserbu orang ramai untuk menukar atau membaharui MyKad secara percuma pada Selasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati walaupun sudah memasuki jam 1.30 petang orang ramai masih memenuhi kawasan tersebut sehingga ada yang terpaksa berdiri.

Suasana tersebut susulan pengumuman pelaksanaan BUDI95 yang memerlukan MyKad sebagai pengesahan identiti bagi membolehkan rakyat menikmati penggunaan bahan bakar itu pada kadar subsidi, RM1.99 bermula hujung bulan ini. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN.
Suasana tersebut susulan pengumuman pelaksanaan BUDI95 yang memerlukan MyKad sebagai pengesahan identiti bagi membolehkan rakyat menikmati penggunaan bahan bakar itu pada kadar subsidi, RM1.99 bermula hujung bulan ini. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN.

Meskipun begitu, proses bermula pengambilan nombor giliran sehingga pungutan MyKad dilihat berjalan lancar serta cepat.

Suasana tersebut susulan pengumuman pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang memerlukan MyKad sebagai pengesahan identiti bagi membolehkan rakyat menikmati penggunaan bahan bakar itu pada kadar subsidi RM1.99 bermula hujung bulan ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati walaupun sudah memasuki jam 1.30 petang orang ramai masih memenuhi kawasan tersebut sehingga ada yang terpaksa berdiri.
Tinjauan Sinar Harian mendapati walaupun sudah memasuki jam 1.30 petang orang ramai masih memenuhi kawasan tersebut sehingga ada yang terpaksa berdiri.

Seorang peniaga dari Pasir Mas, Syam Abdul Hamid, 45, berkata, dia datang ke sini jam 11 pagi tadi untuk menukar MyKad yang mengalami kerosakan cip.

Artikel Berkaitan:

"Apabila mendapat tahu tentang pelaksanaan penggunaan MyKad untuk membeli petrol, saya tanpa berlengah terus datang ke JPN di UTC Kota Bharu untuk membuat gantian.

"Bagi saya penggunaan MyKad untuk belian barangan subsidi disambut baik, sekurang-kurangnya hak rakyat lebih terjamin," katanya.

Menurut dia, walaupun ramai orang pada hari ini (Selasa) namun pergerakan lancar.

Nurhayati Zakaria, 50,
Nurhayati Zakaria, 50,

Sementara itu, jurujual dari Wakaf Che Yeh, Nurhayati Zakaria, 50, memberitahu, dia segera datang ke JPN untuk menukar MyKad selepas dimaklumkan perlu berbuat demikian bagi memudahkan urusan membeli petrol.

"Sebelum ini tangguh lagi walaupun cip Mykad dikesan rosak sewaktu urusan penebusan SARA (Sumbangan Asas Rahmah Untuk Semua) RM100 baru-baru ini.

"Saya tahu cip rosak apabila gagal membuat transaksi di beberapa kedai. Jadi alang-alang pengumuman penukaran cip MyKad percuma, saya terus buat," katanya.

Menurut Nurhayati, dia kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan MyKad untuk agihan subsidi yang disifatkan menyusahkan.

Ujarnya, namun sebagai rakyat dia akur dan berharap penambahbaikan dapat dilakukan dari masa ke semasa.

Bagi kakitangan swasta, Che Abdullah Yaacob, 50, dari Tumpat pula memberitahu, dia tidak kisah dengan sebarang cadangan kerajaan dalam agihan subsidi.

Katanya, dia mahu seluruh rakyat yang layak mendapat manfaat disediakan kerajaan.

"Untuk elak sebarang kesulitan, saya mengambil keputusan untuk menukar MyKad baharu. Lagipun ia disediakan secara percuma," katanya.


JPN Pulau Pinang tidak sesak, orang ramai manfaat peluang perbaharui MyKad

GEORGE TOWN – Suasana di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang pada petang Selasa dilihat tenang tanpa kesesakan malah hampir semua kaunter dibuka bagi melancarkan urusan orang ramai yang hadir memperbaharui MyKad.

Ramai pelanggan mengambil peluang menyelesaikan urusan lebih awal, khususnya bagi mengelakkan masalah apabila cip MyKad rosak sehingga menjejaskan penggunaan dalam urusan harian termasuk penebusan bantuan kerajaan.

Seorang pesara, Ibrahim Abdullah, 72 dari Gelugor berkata, dia terpaksa hadir ke JPN selepas cip MyKad miliknya rosak dan tidak lagi dapat digunakan untuk menambah nilai Touch n Go serta menebus kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Bila cip rosak, memang susah. Nak top up Touch n Go tak boleh, nak tebus SARA pun gagal.

"Mujur di JPN ni tak ramai orang, boleh urus lebih cepat,” katanya.

Bagi tukang rumah, Tan See Huat, 63 dari Butterworth, dia hadir ke JPN Pulau Pinang di Jalan Anson di sini untuk menukar MyKad berikutan kerosakan cip sehingga menyebabkan dia gagal menebus bantuan SARA.

“Saya memang bergantung dengan bantuan itu. Bila nak guna baru perasan cip rosak. Jadi kena buat segera, kalau tidak rugi.

"Saya nak cepat buat sebab nanti tak boleh guna untuk isi petrol," ujarnya.

Sementara itu, pekerja swasta, Nur Atirah Mansor, 38 memilih hadir pada sesi petang selepas dimaklumkan rakannya bahawa waktu pagi lebih sesak.

“Syukur bila datang petang, orang tak ramai. Saya pula dah lebih 10 tahun tak perbaharui MyKad, bimbang kalau cip rosak nanti susah nak tebus subsidi petrol pada 30 September ini,” jelasnya.

Secara keseluruhan, keadaan di JPN Pulau Pinang berjalan lancar dengan pelanggan tidak perlu menunggu lama, hasil daripada pembukaan hampir semua kaunter dan kecekapan petugas melayan orang ramai.


Urusan kaunter berjalan lancar walaupun pelanggan meningkat – JPN Terengganu

KUALA TERENGGANU – Urusan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu berjalan lancar walaupun berlaku sedikit peningkatan jumlah pelanggan sejak beberapa hari lalu.

Pengarah JPN Terengganu, Awatif Hannan Md Yusup berkata, peningkatan itu disebabkan cuti sekolah, penebusan MySARA dan pengumuman terbaharu mengenai program subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95).

"Tiada serbuan di kaunter, cuma berlaku peningkatan pelanggan. Sebelum ini, selepas pengumuman untuk tebusan MySARA, ramai juga yang datang untuk menyemak sama ada MyKad mereka boleh digunakan atau tidak.

"Walaupun ada sedikit peningkatan pelanggan, kita tidak membuka kaunter tambahan kerana semua kaunter sedia ada digunakan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Tinjauan di UTC Kuala Terengganu pada Selasa mendapati keadaan di kaunter JPN terkawal dan terdapat hanya segelintir pelanggan yang menukar MyKad.
Tinjauan di UTC Kuala Terengganu pada Selasa mendapati keadaan di kaunter JPN terkawal dan terdapat hanya segelintir pelanggan yang menukar MyKad.

Sementara itu, tinjauan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Terengganu mendapati suasana di kaunter JPN masih terkawal dengan hanya segelintir pelanggan hadir menukar MyKad meskipun kemudahan itu ditawarkan secara percuma mulai hari ini hingga 7 Oktober 2025.

Seorang pekerja swasta, Nur Nasuha Zain, 29, berkata, beliau mengambil kesempatan menukar MyKad lebih awal kerana tidak mahu berdepan masalah teknikal ketika program BUDI95 dilaksanakan.

"Bila tengok keadaan tak sesak, saya terus tukar MyKad. Kad saya memang ada masalah bila digunakan, jadi alang-alang percuma lebih baik saya buat cepat. Kalau tunggu saat akhir, mungkin orang dah ramai dan urusan jadi lambat," katanya.

Menurutnya, tawaran pertukaran percuma itu peluang yang wajar direbut rakyat kerana biasanya caj dikenakan untuk pembaharuan cip rosak.

"Subsidi petrol nanti perlukan dokumen lengkap dan sah, jadi lebih baik sedia awal daripada susahkan diri kemudian," ujarnya.

Bermula 30 September ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter melalui subsidi BUDI95.

Kemudahan itu diberikan lebih awal kepada anggota polis dan tentera bermula 27 September, diikuti golongan B40 atau penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September, sebelum diperluaskan kepada semua warganegara pada 30 September.

Ringkasan AI

  • Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu diserbu orang ramai untuk menukar atau membaharui MyKad secara percuma
  • Orang ramai masih memenuhi kawasan tersebut walaupun sudah lewat petang untuk proses pengambilan nombor giliran hingga pungutan MyKad yang berjalan lancar dan cepat
  • Inisiatif ini dilakukan susulan pengumuman Program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang memerlukan MyKad sebagai pengesahan identiti bagi menikmati bahan bakar subsidi
  • Penggunaan MyKad untuk pembelian barangan subsidi disambut baik oleh rakyat sebagai langkah mengjamin hak mereka
  • Beberapa pengunjung menyampaikan kesenangan dan ketidaksetujuan terhadap penggunaan MyKad untuk agihan subsidi, namun akur dengan keputusan kerajaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!