Kaunter kad pengenalan JPN dibanjiri orang awam

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kaunter kad pengenalan Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini dibanjiri orang awam sebaik sahaja kaunter dibuka jam 8 pagi bagi melakukan urusan berkaitan.

Ia susulan pengumuman pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang memerlukan MyKad sebagai pengesahan identiti bagi membolehkan rakyat menikmati penggunaan bahan bakar itu pada kadar subsidi, RM1.99 bermula hujung bulan ini.

Meskipun beratur panjang, proses perjalanan bermula pengambilan nombor giliran sehingga pungutan MyKad berjalan lancar.

Seorang pesara, Cairul Nadzim Mohd Yusof, 51, berkata, beliau hadir untuk memperbaharui MyKad susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan subsidi RON95.

"Saya hadir jam 8 pagi tadi dan sekarang sekitar 9 pagi saya sudah menunggu untuk mengambil MyKad yang akan disiapkan," katanya pada Selasa.

Sementara itu, Mohd Ibnur Fariq Md Nordin, 34 ketika ditemui berkata, beliau mengambil kesempatan ahli keluarga di Putrajaya untuk menukar cip Mykad yang telah rosak.

"Saya dari Segamat, Johor datang melawat kakak ipar, jadi ambil kesempatan untuk tukar sekali MyKad kerana di sini sangat cepat (proses)," jelasnya.

Dia yang bekerja sendiri berkata, cip Mykad miliknya dikesan rosak sewaktu urusan penebusan Sumbangan Asas Rahmah Untuk Semua (SARA) RM100 baru-baru ini.

"Saya tahu cip rosak apabila gagal membuat transaksi di beberapa kedai. Jadi alang-alang pengumuman penukaran cip MyKad percuma, saya terus buat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Rohana Ariffin berkata, dia hadir ke JPN untuk menyemak cip Mykad sama ada rosak atau sebaliknya.

"Saya menemani kakak untuk buat penggantian MyKad hilang, jadi saya semak sekali cip Mykad. Alhamdulillah dalam keadaan baik," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang membuat tinjauan di Bahagian Kad Pengenalan JPN turut berpuas hati dengan pengoperasian bahagian itu.

"Saya ada tanya orang ramai dan waktu menunggu adalah wajar. Tiada had nombor giliran," katanya.

 

 

 

Ringkasan AI

  • Kaunter kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya dibanjiri orang ramai sebaik dibuka
  • Orang ramai hadir lebih awal untuk memastikan urusan mereka diselesaikan
  • Situasi luar biasa disebabkan oleh kesediaan orang awam menghadirkan diri awal pagi
  • Pengumuman kerajaan tentang penurunan harga minyak memberi sedikit kelegaan kepada rakyat
  • Kelegaan ini membantu dalam menguruskan kos sara hidup

RON95 Petrol Savings Calculator

Harga lama: RM2.05/L
Harga baharu: RM1.99/L
Anda jimat RM0.06 setiap liter

Berapa anda belanja setiap kali isi?

Berapa kali anda isi sebulan?

Jimat sebulan: RM0.00
Nota: Had kelayakan RON95 subsidi sebulan 300 liter kecuali kumpulan yang mendapat pengecualian kerajaan seperti e-hailing

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!