Bintang nasyid menyinar di Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah Karangkraf Ramadan Bookfest

Sembilan sekolah menyertai Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah sempena Karangkraf Ramadan Bookfest di Studio F Karangkraf pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI MOHD SYUKUR
Sembilan sekolah menyertai Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah sempena Karangkraf Ramadan Bookfest di Studio F Karangkraf pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI MOHD SYUKUR
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah sempena Karangkraf Ramadan Bookfest diharap menjadi medan bintang nasyid menyinar, selain menjadi platform terbaik untuk mengasah bakat awal murid sebelum melangkah ke pertandingan lain pada masa akan datang.

Program julung kali anjuran Grup Buku Karangkraf dengan kerjasama Sinar Bestari itu bukan sahaja memeriahkan Karangkraf Ramadan Bookfest, malah membuka ruang kepada murid sekolah rendah mengasah bakat seni suara sejak di peringkat awal.

Eksekuti Pemasaran Buku Karangkraf, Muhamad Asyraf Jalaluddin berkata, selain mengeratkan kerjasama dengan sekolah, pertandingan itu turut bertujuan cungkil bakat nasyid dalam kalangan murid-murid sejak di peringkat awal persekolahan.

"Alhamdulillah, pertandingan yang berlangsung meriah itu disertai sembilan sekolah sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya, manakala penyertaan paling jauh adalah dari Beranang.

SK Dato Abu Bakar Baginda meraih Johan pada Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah sempena Karangkraf Ramadan Bookfest.Foto: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI MOHD SYUKUR
SK Dato Abu Bakar Baginda meraih Johan pada Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah sempena Karangkraf Ramadan Bookfest.Foto: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI MOHD SYUKUR

“Selain menyediakan bahan bacaan seperti buku novel dan sebagainya, kami juga ada buat pertandingan untuk eratkan lagi hubungan dengan pihak sekolah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas pertandingan yang diadakan di Studio F Karangkraf pada Khamis.

Terdahulu, Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Abu Bakar Baginda mengungguli pertandingan nasyid apabila meraih gelaran Johan, diikuti Naib Johan dimenangi SK Sri Kelana dan Tempat Ketiga menjadi miliki SK Bandar Tun Hussein Onn.

SK Bandar Tasik Kesuma, SK Bandar Sri Damansara 3, SK Puchong Perdana, SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SK Tun Hussein Onn dan SK Bandar Anggerik membawa pulang hadiah sagu hati.

Artikel Berkaitan:

Bagi anugerah khas solo terbaik pula diperolehi SK Tun Hussein Onn, manakala Anugerah Khas Lagu Terbaik dirangkul oleh SK Datuk Abu Bakar Baginda.

SK Bandar Tun Hussein Onn menunjukkan persembahan mereka ketika pertandingan.Foto: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI MOHD SYUKUR
SK Bandar Tun Hussein Onn menunjukkan persembahan mereka ketika pertandingan.Foto: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI MOHD SYUKUR

Menurutnya, kebiasaannya tiada pertandingan nasyid diadakan pada bulan Ramadan dan hanya selepas Aidilfitri barulah pertandingan lain berlangsung.

Justeru, Muhamad Asyraf memberitahu, program berkenaan dilihat sebagai platform terbaik untuk murid membuat persediaan awal sebelum menyertai pertandingan lain.

Menariknya, kongsi beliau, terdapat peserta seawal tujuh tahun yang berani tampil beraksi di pentas, sekali gus membuktikan potensi bakat nasyid boleh digilap sejak usia muda.

Menurutnya, sambutan menggalakkan daripada pihak sekolah mendorong penganjur merancang untuk meneruskan penganjuran pertandingan tersebut pada masa akan datang.

Ringkasan AI

  • Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah diadakan untuk membangkitkan bintang nasyid baru dan mengasah bakat murid
  • Diadakan sempena Karangkraf Ramadan Bookfest, pertandingan ini adalah kerjasama antara Grup Buku Karangkraf dan Sinar Bestari
  • Sembilan sekolah dari Shah Alam, Petaling Jaya dan Beranang bertanding
  • SK Dato Abu Bakar Baginda meraih Johan, disusuli SK Sri Kelana dan SK Bandar Tun Hussein Onn
  • Penganjur berhasrat untuk terus menganjurkan pertandingan ini di masa akan datang memandangkan sambutan yang menggalakkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!