EON tawar potongan harga sempena musim perayaan

KUALA LUMPUR – Musim perayaan awal tahun bakal lebih bermakna apabila Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) menganjurkan acara jualan istimewa ‘Gong Xi Eid Bersama EON’ selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Februari 2026.
Acara berkenaan menggabungkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri dengan pelbagai tawaran menarik kepada pelanggan, termasuk rebat sehingga RM58,000, kadar faedah serendah 0.77 peratus serta yuran tempahan bermula RM88, tertakluk kepada terma dan syarat.
Menurut EON, program tersebut berlangsung di semua cawangan dan bilik pameran EON di seluruh negara, selain beberapa lokasi roadshow terpilih bagi memberi peluang kepada orang ramai meneroka pelbagai pilihan kenderaan mengikut keperluan masing-masing.
Selain tawaran pembiayaan, pengunjung turut berpeluang menikmati ganjaran pandu uji, hadiah tempahan serta cabutan bertuah di lokasi tertentu. Turut ditawarkan ialah unit demo dan pra-pendaftaran pada harga istimewa, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Bagi memeriahkan suasana perayaan, EON turut menyediakan aktiviti terpilih seperti tarian singa dan naga, gaul yee sang serta perlumbaan simulasi, bergantung kepada lokasi penganjuran.
Acara Gong Xi Eid Bersama EON menghimpunkan enam jenama kenderaan di bawah rangkaian EON, iaitu Proton, Mitsubishi, Proton e.MAS, smart, Audi dan Volkswagen, sekali gus memudahkan pengunjung membuat perbandingan sebelum membuat keputusan pembelian.
Orang ramai yang mencari kenderaan harian, SUV keluarga atau kenderaan elektrik (EV) digalakkan hadir bersama keluarga dan rakan-rakan sepanjang tempoh penganjuran acara tersebut.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.eon.com.my/eon-gong-xi-eid.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
