Ibu Zara Qairina kata 'air matanya sudah habis' sepanjang perjalanan ke hospital - Saksi

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir meluahkan bahawa ‘air matanya sudah habis’ sepanjang perjalanan dari rumahnya di Sipitang ke Hospital Queen Elizabeth, di sini.
Perkara itu dikongsikan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31, semasa prosiding inkues kes remaja berkenaan yang memasuki hari ke-10.
Azhari berkata, pihak sekolah turut menyantuni Noraidah agar bersabar dengan insiden yang menimpa anaknya ketika mereka bertemu di hospital pada hari kejadian.
"Semasa kami bertemu Noraidah di hospital kira-kira 10 pagi pada 16 Julai lepas, beliau kelihatan tenang dan tidak menangis. Beliau berkata, ‘air mata saya sudah habis sepanjang perjalanan dari Sipitang ke hospital’,” kata Azhari ketika disoal peguam Joan Goh, yang mewakili seorang kanak-kanak yang didakwa terlibat dalam kes buli Zara Qairina.
Saksi kelapan itu turut menyatakan ketika berada di Unit Kecemasan hospital, Noraidah menceritakan mengenai sifat ceria Zara Qairina yang rajin menulis dan mempunyai tiga diari.
Azhari juga berkata, Noraidah meminta agar diari-diari itu diberikan kepadanya.
Saksi itu berkata, wanita itu turut meminta beberapa warden lain agar menyerahkan diari berkenaan kepadanya.
Azhari bagaimanapun memaklumkan kepada Noraidah diari berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Isnin dengan saksi kanak-kanak akan memberi keterangan.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Ibu Zara Qairina mengatakan air matanya sudah habis sepanjang perjalanan dari Sipitang ke Hospital Queen Elizabeth
- Ketua Warden Asrama memberi keterangan dalam prosiding inkues hari ke-10
- Ibu Zara meminta diari anaknya yang telah diserahkan kepada polis
- Zara Qairina meninggal dunia di hospital setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang
- Jabatan Peguam Negara mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
