Najib lega boleh jalani baki hukuman penjara di rumah - Peguam

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik nafas lega selepas dibenarkan menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, di sini, berkuat kuasa serta-merta.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu sudah sekian lama menantikan keputusan berkenaan.
“Ini merupakan satu kelegaan kerana beliau sudah lama menunggu perkara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas prosiding semakan perintah pelepasan di Mahkamah Tinggi di sini.
Pada Selasa, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin membatalkan perintah pelepasan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu sebelum menggantikannya dengan perintah baharu.
Menerusi perintah itu, Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara yang telah dikurangkan secara tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028.
MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

