SARA: Mengapa nak tukar kepada tunai pula?

Rakyat Malaysia dapat sumbangan penghargaan Sara bernilai RM100 daripada kerajaan.
Rakyat Malaysia dapat sumbangan penghargaan Sara bernilai RM100 daripada kerajaan.
A
A
A

BEBERAPA hari lepas Merak Jalanan ada berbual dengan seorang rakan tentang SARA RM100 yang diberikan kepada rakyat berumur 18 tahun ke atas.

Yang menariknya, dia sudah dapat baca akan ada penerima dan peniaga yang bertindak licik dengan menukarkan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas itu kepada wang tunai.

Merak Jalanan terus teringat kisah lebih 10 tahun lalu di kedai buku apabila ramai pelajar institusi pengajian tinggi menukar Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 kepada tunai dengan dikenakan caj RM30 oleh penjaga kedai.

Ini bermaksud pelajar tadi cuma dapat duit RM220. Tapi bagi pelajar, jumlah itu sudah besar, cukup untuk belanja makan selama seminggu.

Tak mustahil berlaku perkara sama kepada SARA. Malah tinjauan wartawan akhbar ini di Kelantan mendapati sudah ada peniaga khususnya tauke kedai runcit, menawarkan wang tunai. Syaratnya kenalah bayar caj RM20. Maknanya penerima SARA dapat RM80, bakinya peniaga sapu.

Kebanyakan yang berbuat demikian ialah anak muda. Yelah, mereka duduk bersama ibu bapa dan lebih suka wang tunai di tangan berbanding beli barangan asas.

Peniaga pula dapat untung atas angin. Kalau ada 100 pelanggan, senang-senang mereka kutip RM2,000 tanpa keluar modal apa-apa.

Merak Jalanan fikir perkara ini tak patut berlaku. Tujuan utama SARA diagihkan adalah untuk membantu meringankan beban rakyat mendapatkan barang keperluan asas.

Bagi anak yang tinggal bersama ibu bapa, belilah barangan tersebut dan letakkan di dapur. Akhirnya mereka juga yang makan minum di rumah.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan rasa tindakan wajar diambil kepada peniaga dengan menarik lesen perniagaan. Bagi penerima pula, senarai hitamkan mereka daripada menerima apa-apa bantuan kerajaan.

Mungkin hukuman tersebut dilihat berat tetapi perlu untuk beri peringatan kepada yang lain agar tidak mengulangi kesalahan tersebut.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!