Penyelidik UMK hasilkan produk cecair pembasmi kuman

Azizi (dua dari kanan) menunjukkan hand sanitizer yang dihasilkan penyelidik UMK.
Azizi (dua dari kanan) menunjukkan hand sanitizer yang dihasilkan penyelidik UMK.
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menghasilkan cecair pembasmi kuman, UMK Care Hand Sanitizer untuk diagihkan kepada agensi kerajaan sebagai usaha mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Ts Dr Noor Azizi Ismail berkata, UMK menerusi Fakulti Bio- Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dan Fakulti Sains Bumi (FSB) sentiasa menjalankan penyelidikan produk dari semasa ke semasa selari dengan teras UMK iaitu Universiti Untuk Masyarakat.

Menurutnya, salah satu produk dihasilkan ialah cecair pembasmi kuman berkenaan bagi memberi manfaat kepada orang ramai yang berdepan ancaman Covid-19.

Hand sanitizer yang dikeluarkan UMK boleh didapati dalam pelbagai saiz botol.
Hand sanitizer yang dikeluarkan UMK boleh didapati dalam pelbagai saiz botol.

"Pada permulaan, pengeluaran ini dihasilkan dalam kuantiti terhad untuk kegunaan dalaman dan bukan untuk dijual di pasaran.

"Ia juga akan diagihkan secara percuma kepada pihak yang memerlukan seperti balai polis, bomba dan agensi kerajaan termasuk pelajar UMK,” katanya.

Menurutnya, produk cecair pembasmi kuman berkenaan dibangunkan mengikut piawaian dan formulasi yang dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO).

Permintaan hand sanitizer merupakan satu keperluan mendesak waktu ini.
Permintaan hand sanitizer merupakan satu keperluan mendesak waktu ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, projek penghasilan produk berkenaan diketuai oleh ahli kimia bertauliah iaitu Pensyarah Kanan FBKT, Dr Abdul Hafidz Yusoff dan Dekan FSB, Ts Dr Mohammad Faiz Mohd Amin.

"Lebih menarik produk itu ditambah dengan aroma semula jadi lavender supaya ia memberikan wangian dan juga keselesaan kepada pengguna, terutamanya di musim panas," katanya.