Jika terbukti ada unsur jenayah, heret pelaku ke muka pengadilan

Kawasan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Kampung Masapol Sipitang dikawal ketat anggota polis ketika proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir.
Kawasan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Kampung Masapol Sipitang dikawal ketat anggota polis ketika proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir.
A
A
A

AIR mata rakyat Malaysia tumpah lagi! Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu berusia 13 tahun yang sepatutnya menjalani kehidupan normal seperti pelajar-pelajar lain bertukar sebaliknya.

Kisah kematiannya sangat tragis dan meninggalkan kesan yang mendalam di hati kita semua.

Nyawanya 'melayang' di sekolah yang sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat untuk semua anak-anak kita.

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada awal pagi 16 Julai lalu dalam keadaan parah di longkang berhampiran bangunan asrama perempuan di sekolah agamanya di Papar, Sabah.

Kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 3 pagi. Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, dengan kecederaan serius seperti patah tangan dan kaki, serta kecederaan dalaman yang kritikal.

Sekiranya kematiannya terbukti disebabkan unsur buli, kecuaian atau pengabaian pihak sekolah, ia bukan lagi isu biasa. Ia adalah jenayah. Jenayah yang kejam!

Siapa pun yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak, wajar diheret ke muka pengadilan.

Jika pelaku itu rakan sebaya, mereka perlu dihukum, perlu melalui proses undang-undang yang sepatutnya.

Jika ada guru, pihak sekolah atau orang atasan yang cuba menyorok kebenaran atau cuba menyapu bawah karpet mereka juga mesti disiasat dan dihukum sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

Kes buli perlu dihentikan! Heret semua pihak ke muka pengadilan tanpa mengira status atau pangkat.

Masyarakat juga perlu berani bersuara, jangan takut untuk melapor atau membongkar kebenaran.

Jangan biarkan pemergian arwah Zara Qairina menjadi sia-sia.

Semua pihak perlu bangkit menentang kezaliman. Seluruh sekolah juga perlu mengambil iktibar kes ini.

Zara Qairina sudah tiada. Tetapi keadilan untuknya mesti ditegakkan. Biar ini menjadi noktah terakhir kepada budaya buli!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!