[VIDEO] KKM guna AI, kenal pasti 'hotspot' denggi - Dr Dzulkefly

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai satu cara untuk mengenal pasti kawasan hotspot atau titik panas wabak denggi, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Dzulkefly berkata, sistem AI yang sedang dibangunkan oleh KKM itu akan menggunakan pendekatan predictive atau ramalan untuk mengesan lebih awal kawasan titik panas penularan denggi.

"Kematian akibat denggi kini melebihi Covid-19, dengan tahun ini sebanyak 21 kematian dicatatkan manakala Covid-19 hanya satu.

"Bagaimanapun, jumlah itu merupakan penurunan kerana tahun lepas terdapat 83,000 kes dengan 117 kematian," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat).

Datuk Seri Dr Dzulkefly. Foto fail Bernama
Datuk Seri Dr Dzulkefly. Foto fail Bernama

Dr Ahmad Yunus ingin tahu mengenai inisiatif KKM untuk menggalakkan program berkaitan bagi menangani wabak denggi terutama di kawasan hotspot berulang.

Dzulkefly berkata, ketika ini Selangor mencatatkan kes tertinggi demam denggi diikuti Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau turut memaklumkan program nyamuk berwolbachia yang dilaksanakan di 45 lokaliti menunjukkan keberkesanan antara 45 hingga 100 peratus dalam mengawal populasi nyamuk Aedes.

Artikel Berkaitan:

Menjawab soalan asal Ahmad Yunus mengenai status pembangunan vaksin denggi, Dzulkefly berkata KKM sedang giat membangunkannya melalui penyelidikan dan pembanguna (R&D) di Universiti Malaya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!