Warga asing usia 65 tahun ditahan kes tembak mati lelaki di restoran

Pada 8 Januari lalu, seorang lelaki berusia 40 tahun maut ditembak ketika makan bersama rakannya di restoran tersebut.
Pada 8 Januari lalu, seorang lelaki berusia 40 tahun maut ditembak ketika makan bersama rakannya di restoran tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga asing berusia 65 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ditembak ketika sedang makan di sebuah restoran di Taman Setia Indah, di sini, pada Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek ditahan di sekitar bandar raya ini kira-kira jam 4.30 petang pada Selasa.

Menurut beliau, lelaki warga emas itu kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membantu siasatan lanjut.

“Ini merupakan tangkapan baharu dan kita masih menjalankan siasatan untuk mengesahkan pembabitan suspek dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 8 Januari lalu, seorang lelaki berusia 40 tahun maut ditembak ketika makan bersama rakannya di restoran tersebut.

Susulan kejadian itu, sembilan lelaki berusia antara 36 hingga 66 tahun dipercayai ahli kongsi gelap ditahan reman menerusi beberapa operasi berasingan di sekitar bandar raya ini pada 8 dan 17 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar sebelum ini dilaporkan berkata, sebelum tangkapan sembilan lelaki terbabit, seorang lagi suspek berumur 64 tahun yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan ditembak mati polis dalam operasi pertama dijalankan.

Dalam operasi sama, polis turut merampas dua pucuk pistol, beberapa butir peluru, dadah, pistol angin serta barangan lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 8 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api serta Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Artikel Berkaitan:

Siasatan awal mendapati kes tembak itu berpunca daripada kegiatan kongsi gelap dan dendam.

Sementara itu, Raub memaklumkan kesemua sembilan suspek yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan selepas kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!