Anak sulung mangsa tragedi enam beranak terima manfaat PERKESO

Anak sulung mangsa, Putri Qisya Nur Izzat, 12, layak menerima Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat.
Anak sulung mangsa, Putri Qisya Nur Izzat, 12, layak menerima Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat.
A
A
A

ALOR SETAR - Anak sulung kepada mangsa tragedi enam beranak di Sungai Korok, Jitra disahkan layak menerima Pencen Penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hasil caruman Allahyarham bapanya.

PERKESO dalam satu kenyataan memaklumkan, Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak, 32, yang meninggal dunia dalam nahas berkenaan merupakan pencarum aktif bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), dengan rekod pekerjaan terakhir sebagai pengawal keselamatan.

Menerusi caruman itu, waris yang merupakan anak sulung, Putri Qisya Nur Izzat, 12, layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM3,000 secara sekali bayar serta Pencen Penakat bulanan berjumlah RM576.25 sehingga berusia 21 tahun atau hingga tamat ijazah pertama.

“PERKESO menzahirkan rasa simpati dan dukacita yang mendalam atas kejadian menyayat hati ini dan kekal komited untuk memastikan kebajikan waris mangsa terus terpelihara.

“Justeru, bantuan tambahan termasuk intervensi pendidikan, penjagaan emosi dan psikososial sedang diperinci menerusi Program Sinergi Sosial demi memastikan anak sulung arwah mendapat sokongan jangka panjang sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Katanya, tragedi ini menjadi bukti nyata mengenai peri penting sistem perlindungan sosial yang bukan sekadar berperanan sebagai perlindungan kewangan, tetapi benteng terakhir buat keluarga pekerja andai berdepan situasi luar jangka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!