Perang melulu AS di Iraq berulang di Iran

Anggota pasukan penyelamat Iran membersihkan runtuhan di sebuah bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Teheran.
Anggota pasukan penyelamat Iran membersihkan runtuhan di sebuah bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Teheran.
A
A
A

KIRA-KIRA dua dekad lalu, ketika rakyat Amerika Syarikat (AS) berdebat sama ada wajarkah menyerang Iraq, timbul satu persoalan - adakah Presiden Saddam Hussein benar-benar memiliki senjata pemusnah besar-besaran?

Jika dakwaan itu benar, implikasinya adalah Washington harus melucutkan senjata dan menggulingkan rejim beliau melalui operasi ketenteraan.

Jika sebaliknya, AS hanya perlu meneruskan sekatan ekonomi yang ketat ke atas Saddam dan melancarkan kempen pengeboman secara rutin.

Penyokong peperangan pada masa itu berkeras tujuan kempen pencerobohan ke atas Baghdad kononnya untuk menghalang membangunkan senjata nuklear selepas timbul dakwaan Saddam memiliki ejen kimia untuk penghasilan senjata biologi.

Hakikatnya, mereka melihat operasi ketenteraan di Iraq sebagai peluang AS mendominasi arena antarabangsa selepas tragedi 9/11 dan menjadikan Asia Barat sebagai pentas menunjukkan kuasa.

Hari ini, pentadbiran Presiden Donald Trump kembali menggunakan taktik serupa untuk menghuru-harakan rantau tersebut dengan menuduh Iran menjalankan projek pembangunan senjata nuklear sedangkan Washington dan Teheran masih dalam fasa rundingan tentang perkara tersebut.

Tindakan terburu-buru Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang bermati-matian mahu menghapuskan program nuklear Iran menyebabkan sekutu kuatnya juga bertindak secara melulu.

Jika Washington berkeras mahu campur tangan kononnya untuk ‘menyelesaikan’ objektif operasi ketenteraan yang tidak dapat dilaksanakan Tel Aviv ke atas kemudahan nuklear Iran, ia akan menjadi kesilapan besar yang membawa bencana seperti yang berlaku di Iraq.

Pada Mei 2003, Presiden ke-43 AS, George W Bush menerusi ucapan kemenangan mengisytiharkan tamatnya operasi tempur ke atas Baghdad yang berlarutan selama enam minggu.

Artikel Berkaitan:

Detik itu bagaimanapun menjadi kajian kes keangkuhan Amerika dan gambar publisiti Bush itu berterusan menjadi bahan ejekan dalam sejarah moden.

Januari lalu, Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm mengenal pasti Israel sebagai salah satu di dunia yang berada dalam senarai sembilan negara bersenjata nuklear dan dianggarkan mempunyai kira-kira 90 kepala peledak nuklear.

Mengapa Washington tidak menyasarkan sahaja Israel sedangkan ia satu-satunya entiti di rantau itu yang secara terang-terangan mempunyai program senjata nuklear aktif, sebaliknya menjadikan Iran sebagai kambing hitam?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!