'Pilu hati ada meronta, jerit minta tolong tapi saya tak mampu bantu'

Beg milik pelajar UPSI yang dikumpulkan di pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Gerik.
Beg milik pelajar UPSI yang dikumpulkan di pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Gerik.
A
A
A

GERIK - "Memang sedih mereka meronta-ronta, menjerit minta tolong tetapi saya tidak mampu nak bantu,"

Demikian kata Aleeya Maisarah Azizzani, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas meragut nyawa 15 rakannya di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik di sini pada Isnin.

Menurut Aleeya, pilu hatinya melihat keadaan rakan-rakan yang menahan kesakitan selepas bas dinaiki bersama 41 penumpang lain terbalik.

"Mereka minta tolong tetapi saya tidak boleh bantu, belakang saya sakit sangat akibat terhentak, saya gagahkan diri keluar dari bas.

"Walaupun keadaan waktu itu gelap, saya nampak ada rakan yang tersepit, meronta-ronta, ada yang senyap dan ada juga yang tercampak dalam longkang dengan keadaan kepala pecah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini.

Aleeya Maisarah.
Aleeya Maisarah.

Pelajar jurusan Pengajian Arab itu mengakui bas yang dinaikinya dipandu laju hinggakan terpaksa berpaut akibat terhuyung-hayang.

"Awalnya saya tidur tetapi sampai di Tanah Merah, Kelantan ada tercium bau seperti tayar hangit, tetapi saya biarkan.

Artikel Berkaitan:

"Saya mula rasa tidak sedap hati apabila bas terlanggar lopak dan rasa seperti senget ke kanan, hati sudah berdebar.

"Waktu itu saya tidak tidur tetapi bas memang laju sampaikan kena pegang dan apabila sampai selekoh, saya yang duduk di belakang nampak bas jatuh kiri dan terkena penghadang jalan," dakwanya.

Aleeya Maisarah yang cedera di kepala dan terseliuh pada kaki bagaimanapun bersyukur kerana dibantu pengguna jalan raya lain sebelum pasukan penyelamat tiba.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!