Nahas pelajar UPSI: KPT hulur bantuan awal

IPOH - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan bantuan awal RM2,000 dan bantuan bencana RM1,000 kepada waris mangsa terlibat dalam tragedi bas persiaran terlibat kemalangan yang meragut 15 nyawa di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), dekat Gerik, awal pagi Isnin.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, bantuan awal itu bertujuan meringankan beban waris, termasuk dalam melaksanakan urusan pengebumian jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam insiden tersebut.
"Pihak UPSI telahpun mengumumkan bantuan-bantuan segera, ini termasuk daripada pihak KPT iaitu setiap mangsa yang terlibat, bagi keluarga mereka menguruskan jenazah...Bantuan RM2,000...manakala UPSI akan mengeluarkan RM1,000,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
