Cipta kelainan, pengantin gubah hantaran miniatur 'lima berbalas tujuh'

Nurulaini (kanan) dan suaminya bergambar bersama model hantaran perkahwinan mereka.
Nurulaini (kanan) dan suaminya bergambar bersama model hantaran perkahwinan mereka.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasangan pengantin membuat kelainan menggunakan model miniatur sebagai reka bentuk hantaran sempena hari istimewa mereka pada 30 Januari lalu.

Pegawai pentadbiran, Nurulaini Maidin, 36, berkata, setiap dulang hantaran itu dibawa secara berasingan sebelum ia digabungkan menjadi satu model lengkap berkonsepkan perkahwinan dalam taman.

Ujar Nurulaini, hantaran berkenaan melibatkan gabungan lima dulang pihak lelaki dan tujuh daripada pengantin perempuan.

Menurutnya, hantaran yang diberi nama ‘lima berbalas tujuh’ itu dihasilkan sendiri oleh suami, dan ahli keluarganya yang mengambil masa selama sebulan.

Nurulaini (kanan) dan suaminya bergambar bersama model hantaran perkahwinan mereka.
Nurulaini (kanan) dan suaminya bergambar bersama model hantaran perkahwinan mereka.

“Idea ini timbul kerana kita hanya cuba untuk menjimatkan perbelanjaan dari segi dekorasi dan dulang hantaran itu sendiri.

“Jadi kita fikir untuk gunakan apa yang ada. Contohnya suami saya merupakan penggemar koleksi barangan miniatur ini, jadi barangan perhiasan itu semua diambil daripadanya,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Kata Nurulaini, pengalaman suaminya, Ahmad Nizamuddin Yahya, 35, dalam bidang reka bentuk seni bina selama sembilan tahun turut membantu dalam kerja menghias dulang tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ulasnya, proses penghasilan yang mengambil masa lama merupakan antara cabaran utama dihadapi dalam menyiapkan model hantaran berkenaan.

Model miniatur hantaran perkahwinan melibatkan gabungan lima dulang pihak lelaki dan tujuh daripada pengantin perempuan.
Model miniatur hantaran perkahwinan melibatkan gabungan lima dulang pihak lelaki dan tujuh daripada pengantin perempuan.

“Suami saya setiap hari tidur pada jam 3 pagi dan bangun semula jam 7 pagi untuk siapkan kerja.

“Selain itu, cabaran lain ialah dari segi tempat. Kerja persiapan model hantaran itu dilakukan di rumah mentua saya dan memandangkan ia mengambil masa, rumah habis bersepah dengan barang-barang hantaran tersebut.

“Nasib baik ketika itu, ibu mentua saya tidak ada di rumah. Biliknya juga digunakan hingga penuh dengan barang perhiasan,” menurutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!