Shah Alam dilanda banjir kilat

SHAH ALAM - Tiga lokasi di daerah ini terjejas banjir kilat pada Jumaat.
Lokasi itu ialah Sri Muda membabitkan Persiaran Budiman, Persiaran Jubli Perak, Persiaran Perusahaan Seksyen 23, Aeon Big Seksyen 23, Jalan Mantap Seksyen 25/129 serta stesen Shell Seksyen 19.

Dua lagi lokasi ialah lorong motosikal di Kilometer (KM) 15.3 Lebuhraya Persekutuan serta Jalan Mat Raji, Padang Jawa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian banjir dilaporkan bermula jam 7 pagi.
"Pemantauan di lokasi mendapati air banjir mulai surut dan lalu lintas kembali lancar.

"Lorong motosikal di KM 15.3 Lebuhraya Persekutuan masih ditutup sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sebelum itu, tular beberapa rakaman video memaparkan kesesakan di sekitar Shah Alam akibat banjir kilat yang melanda daerah berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!