Banjir kilat: Penduduk Shah Alam diingatkan berwaspada

Perkembangan banjir kilat di sekitar laluan utama di Shah Alam turut dikongsi Plus Malaysia
Perkembangan banjir kilat di sekitar laluan utama di Shah Alam turut dikongsi Plus Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi pada Rabu menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Air dijangka lebih mudah naik dengan cepat di kawasan rendah termasuk Seksyen 13, Seksyen 7 dan Taman Sri Muda, yang sering menjadi titik panas ketika hujan lebat melanda.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan pemberitahuan kepada semua penduduk agar sentiasa berwaspada dan memantau keadaan air di sekitar kediaman masing-masing.

Notis dikeluarkan MBSA
Notis dikeluarkan MBSA

Pihak berkuasa tempatan itu turut menasihatkan agar penduduk mematuhi arahan jika diarahkan berpindah ke pusat penempatan sementara yang telah disediakan.

“Keutamaan kami adalah keselamatan penduduk. Jika diarahkan berpindah, sila berbuat demikian dengan segera dan bertenang,” tegas pihak berkuasa itu dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Bagi sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir, penduduk boleh menghubungi Pasukan Pantas Shah Alam di talian 03-55105811 dan petugas bersiap sedia 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Cuaca buruk ini dijangka berterusan hingga malam dan pihak berkuasa akan terus memantau keadaan serta mengemas kini sebarang perkembangan terkini.

Artikel Berkaitan:

Penduduk diingatkan agar tidak mengambil risiko melalui jalan yang dinaiki air dan menjaga keselamatan keluarga masing-masing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!