'Iftar ala Madinah contoh majlis buka puasa terbaik'

Pengunjung menikmati juadah berbuka puasa di dalam khemah yang disediakan ketika keadaan cuaca tidak mengizinkan. Gambar kecil: Md Nazri
Pengunjung menikmati juadah berbuka puasa di dalam khemah yang disediakan ketika keadaan cuaca tidak mengizinkan. Gambar kecil: Md Nazri
A
A
A

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang menampilkan konsep berbuka puasa secara terbuka sebagaimana suasana di Masjid Nabawi, Madinah telah menjadi sumber rujukan pengurusan Masjid Bandar Bukit Raja, Klang untuk menganjurkan majlis iftar perdana berkonsepkan serupa buat kali pertama.

Nazir Masjid Bandar Bukit Raja, Md Nazri Mohamed Nor berkata, tujuan utama pihaknya hadir ke majlis tersebut adalah untuk mempelajari asas pengurusan program termasuk sistem pendaftaran, agihan makanan serta susun atur tempat duduk pengunjung.

Pengunjung menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan di Dataran Kumpulan Karangkraf sempena Iftar Ala Madinah@Karangraf pada 14 Mac lalu.
Pengunjung menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan di Dataran Kumpulan Karangkraf sempena Iftar Ala Madinah@Karangraf pada 14 Mac lalu.

“Hajat kami hadir untuk melihat sendiri cara pengurusan program yang telah menjadi tradisi di Karangkraf. Semangat iftar ini menjadi inspirasi buat ahli jawatankuasa yang akan mengadakan iftar perdana buat pertama kali di Masjid Bandar Bukit Raja.

“Pengurusan program yang teratur dengan pengasingan tempat bagi lelaki, wanita dan keluarga menjadikannya contoh terbaik dalam penganjuran majlis berbuka puasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Pegunjung tidak melepaskan peluang berswafoto sementara menunggu masuk waktu berbuka.
Pegunjung tidak melepaskan peluang berswafoto sementara menunggu masuk waktu berbuka.

Tambahnya, keunikan Iftar Ala Madinah terletak pada penganjurannya di kawasan terbuka, berbeza dengan kebanyakan majlis berbuka yang diadakan di tempat tertutup.

“Berdasarkan tinjauan, ramai memberikan reaksi positif dan berpuas hati dengan konsep terbuka ini. Cabarannya mungkin terletak pada faktor cuaca yang tidak menentu.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, saya lihat pihak penganjur sudah bersedia dengan menyediakan tempat yang selesa sekiranya hujan, jadi perkara ini sangat baik dan wajar dicontohi,” ujarnya.

Orang ramai mula hadir ke program Iftar Ala Madinah@Karangkraf sewal jam 6 petang.
Orang ramai mula hadir ke program Iftar Ala Madinah@Karangkraf sewal jam 6 petang.

Md Nazri turut melihat program itu sebagai platform untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam serta satu bentuk perkongsian rezeki oleh Karangkraf kepada masyarakat setempat.

“Dalam sebuah hadis jelas menyebut bahawa sesiapa yang memberikan makanan kepada orang berpuasa, ganjarannya adalah seperti pahala orang yang berpuasa itu sendiri.

“Bagi saya, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat tetapi turut membantu usahawan tempatan menjalankan perniagaan serta memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!