Konsep Iftar Ala Madinah buka ruang, rapatkan ukhuwah

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penganjuran Iftar Ala Madinah @Karangkraf membuka ruang kepada masyarakat termasuk pekerja Klinik Dr Sophia Y untuk merasai pengalaman berbuka bersama-sama dengan pengunjung lain.
Wakil Klinik Dr Sophia Y, Shazwan Zainol berkata, sebagai umat Islam konsep berbuka ala Madinah itu juga dapat merapatkan ukhuwah dan perpaduan sesama komuniti masyarakat tanpa mengira pangkat atau darjat.
“Ini kali pertama kami daripada Klinik Dr Sophia Y menyertai Iftar Ala Madinah @Karangkraf dan ia merupakan satu pengalaman yang unik dan menyeronokkan.
“Selain itu, kita juga memilih untuk menyertai program ini kerana ia memberi peluang untuk menyantuni dan berjumpa dengan ramai orang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Ujar Shazwan yang juga pengendali media sosial untuk klinik berkenaan, program tersebut boleh diperluaskan di pelbagai kawasan seluruh negara bagi memberikan pengalaman baru kepada masyarakat khususnya umat Islam dalam berbuka puasa.
“Saya setuju jika konsep seperti ini diperluaskan lagi, di mana ia dapat mengeratkan lagi ukhuwah kita sesama umat Islam. Ini memang satu konsep berbuka puasa yang menarik dan sihat.
“Saya harap kita dapat sertai lagi program ini dan diharapkan program berkenaan dapat diteruskan dari tahun ke tahun demi mengeratkan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa,” katanya.
Mengulas mengenai Klinik Dr Sophia Y, Shazwan berkata, klinik tersebut yang memberi keutamaan perkhidmatan dari segi kesihatan dan kecantikan kulit kepada pelanggan.
Menurutnya, ia penting kerana dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan kulit sekaligus membantu membina keyakinan dalam diri mereka.
“Pada saya, khidmat daripada doktor ini sangat penting kerana kita selalu mengambil mudah.
“Masalah kulit ini boleh jadi faktor kesihatan, mungkin kita ada masalah lain juga. Jadi untuk mendapatkan khidmat doktor itu tidak ada masalah sebaliknya menjadi keperluan untuk kita,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

