Sindiket seleweng LPG bernilai RM860,000 di Ulu Tiram tumpas

Sindiket penyelewengan LPG di sebuah stor di Ulu Tiram tumpas selepas diserbu KPDN Johor pada Selasa. - Foto KDPN Johor
Sindiket penyelewengan LPG di sebuah stor di Ulu Tiram tumpas selepas diserbu KPDN Johor pada Selasa. - Foto KDPN Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor berjaya menumpaskan satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) dalam satu serbuan di sebuah stor di Ulu Tiram pada Rabu.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan sebelum operasi dilancarkan menerusi inisiatif Kita Gempur.

"Hasil pemeriksaan, pihak kami menemui sebanyak 1,743 unit tong gas LPG berisi dan kosong berkapasiti 14 kilogram (kg), selain sebuah lori tanker yang mengandungi kira-kira 24,724kg LPG.

Sebuah lori tanker mengandungi kira-kira 24,724 kg LPG turut dirampas KPDN Johor. - Foto KPDN Johor
Sebuah lori tanker mengandungi kira-kira 24,724 kg LPG turut dirampas KPDN Johor. - Foto KPDN Johor

"Beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyelewengan turut disita," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, sindiket terbabit dipercayai menjalankan aktiviti decanting iaitu memindahkan LPG bersubsidi daripada tong 14kg ke lori tanker untuk tujuan penjualan haram.

"Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM860,000 dan kes ini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Sindiket penyelewengan LPG di sebuah stor di Ulu Tiram tumpas selepas diserbu KPDN Johor pada Selasa. - Foto KDPN Johor
Sindiket penyelewengan LPG di sebuah stor di Ulu Tiram tumpas selepas diserbu KPDN Johor pada Selasa. - Foto KDPN Johor

"Jika disabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Artikel Berkaitan:

"Bagi syarikat atau perbadanan, denda maksimum RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama manakala bagi kesalahan seterusnya boleh mencecah RM5 juta," ujarnya.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam sindiket tersebut termasuk sumber bekalan LPG dan rantaian pengedarannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!