Kebakaran kilang di Sengkang : Dua sekolah diarah tutup sementara

Aznan Tamin
Aznan Tamin
A
A
A

KULAI – Dua sekolah di daerah ini diarahkan ditutup sementara selepas insiden kebakaran kilang di Sengkang yang masih menimbulkan asap dan bau pembakaran berpotensi menjejaskan kesihatan warga sekolah.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sekolah yang terlibat ialah SJKC Sengkang dengan 178 murid, 16 guru dan tiga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), serta SJKC Kulai Besar melibatkan 1,353 murid, 71 guru dan lima AKP.

“Penutupan sementara itu dibuat sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berdasarkan penilaian keselamatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kulai (PKD). Dalam tempoh ini, pihak sekolah diminta melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut Garis Panduan Pengurusan PdPR dan mematuhi arahan PKD.

“Keutamaan kita ialah keselamatan dan kesihatan anak-anak murid serta warga pendidik dan sebarang keputusan adalah berasaskan pertimbangan profesional pihak kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau turut meminta orang awam agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan dan keresahan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua sekolah di Kulai ditutup sementara akibat asap dari kebakaran kilang di Sengkang
  • SJKC Sengkang dan SJKC Kulai Besar terjejas dengan jumlah murid dan guru masing-masing
  • Penutupan berlangsung hingga tarikh yang akan dimaklumkan berdasarkan penilaian keselamatan PKD
  • PdPR dilaksanakan selama penutupan mengikut Garis Panduan Pengurusan PdPR
  • Aznan Tamin menekankan keutamaan keselamatan murid dan warga pendidik serta meminta orang awam tidak menyebarkan maklumat tidak sahih

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!