Stor haram sorok LPG di Selama diserbu

Kesemua 95 tong gas LPG bernilai lebih RM8,000 disita KPDN Perak selepas pemilik premis gagal mengemukakan permit daripada Pegawal Bekalan Malaysia. Foto: ihsan KPDN Perak
Kesemua 95 tong gas LPG bernilai lebih RM8,000 disita KPDN Perak selepas pemilik premis gagal mengemukakan permit daripada Pegawal Bekalan Malaysia. Foto: ihsan KPDN Perak
A
A
A

TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 95 tong gas petroleum cecair (LPG) yang simpan di sebuah stor haram di Selama pada Selasa.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kegiatan itu terbongkar hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan anggota penguat kuasa KPDN cawangan Taiping menerusi Op Api Biru.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut merupakan sebuah stor menyimpan tong gas LPG.

Pegawai KPDN Perak melakukan pemeriksaan di sebuah premis yang dijadikan stor haram menyimpan gas LPG di Selama pada Selasa. Foto: ihsan KPDN Perak
Pegawai KPDN Perak melakukan pemeriksaan di sebuah premis yang dijadikan stor haram menyimpan gas LPG di Selama pada Selasa. Foto: ihsan KPDN Perak

"Seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki pemilik premis didapati gagal mengemukakan lesen atau permit bagi urusan melibatkan barang kawalan LPG oleh Pengawal Bekalan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, satu tindakan telah diambil dengan menyita kesemua tong LPG berkenaan dan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM8,457.60.

"KPDN ingin memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!