Selepas larian songsang, muncul pula pakaian songsang

Tanpa segan silu kelompok berkenaan mengenakan pakaian beropol-ropol, aksesori berlebihan dan solekan tebal walhal mereka bukanlah wanita.
Tanpa segan silu kelompok berkenaan mengenakan pakaian beropol-ropol, aksesori berlebihan dan solekan tebal walhal mereka bukanlah wanita.
A
A
A

TAHUN lalu tular video segelintir peserta ‘larian songsang’ di Kota Tinggi, Johor yang berpakaian tidak senonoh dan berunsur lucah.

Tahun ini kecoh pula dengan fesyen pakaian wanita tetapi digayakan oleh lelaki dalam sebuah acara hiburan di ibu kota.

Tanpa segan silu kelompok berkenaan mengenakan pakaian beropol-ropol, aksesori berlebihan dan solekan tebal walhal mereka bukanlah wanita.

Lebih jelik, dipertontonkan pula di kaca televisyen, sedangkan suatu ketika dahulu artis lelaki kalau berambut panjang, jangan haraplah muka masuk televisyen!

Walaupun pihak penganjur telah tampil memohon maaf dan berjanji perkara sama tidak berulang tetapi bagi Merak Jalanan, budaya menjurus ke arah normalisasi songsang perlu diambil tindakan serius.

Bimbang jika dibiarkan tanpa kawalan, tanpa ada garis panduan, tanpa dikenakan hukuman, lama-kelamaan ia akan jadi perkara yang biasa.

Menormalisasikan fesyen yang sudah terang-terangan bertentangan fitrah.

Lebih membimbangkan, ia akan memberikan contoh tidak baik kepada generasi muda.

Adakah ini norma baharu yang kita mahu wariskan kepada generasi seterusnya?

Artikel Berkaitan:

Justeru, lihatlah perkara tersebut sebagai satu amaran. Jangan biarkan apa sahaja yang songsang berkembang biak di negara ini.

Malaysia mempunyai adat dan budaya disanjung tinggi. Janganlah terlalu ‘memuja’ budaya Barat.

Ada juga beri alasan fesyen sebagai bentuk ekspresi diri tetapi janganlah terlalu bebas bereksperimen tanpa memikirkan batasan telah ditetapkan agama.

Dalam hal ini, penggiat industri hiburan perlu lebih peka memilih konsep dan penampilan dipersembahkan kepada khalayak.

Islam telah memberi panduan jelas. Lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan wanita tidak boleh menyerupai lelaki.

Perkara itu bukan sekadar soal budaya dan adat tetapi ia hukum syariat yang telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!