Tular video gula-gula kenyal bertukar seakan gam selepas dilenyek

Video yang memaparkan gula-gula kenyal dilenyek bertukar tekstur seperti gam
Video yang memaparkan gula-gula kenyal dilenyek bertukar tekstur seperti gam
A
A
A

SHAH ALAM – Sebuah video yang memaparkan gula-gula kenyal bertukar menjadi tekstur seperti gam apabila dilenyek tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 11 saat itu memperlihatkan seorang individu menghancurkan gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata lalu melekat di tangan seakan-akan gam.

Video itu juga disertakan dengan kapsyen bertulis 'bayangkan melekat kat dalam tekak dan perut anak'.

Perkara tersebut menimbulkan persoalan mengenai kandungan sebenar produk berkenaan dan tahap keselamatannya untuk dimakan.

Seorang pengguna Facebook, Rahadatul Rasyadah meluahkan kegusarannya dan berpendapat ia perlu diharamkan.

"Maaflah cakap, rasanya patut diharamkan semua gula-gula kenyal ini. Saya ada tengok ulasan penjual 'gummy' di Tik Tok, dia buka dan makan.

"Dia yang dewasa pun saya nampak betapa susahnya mahu mengunyah dan telan 'gummy' itu, apatah lagi kanak-kanak, terlalu bahaya rasanya," ujarnya.

Sementara itu, Wo Ainny turut mengharapkan agar kerajaan lebih tegas mengenai perkara ini.

"Tolong kerajaan Malaysia, haramkan produk ini, tegaslah macam luar negara.

Artikel Berkaitan:

"Benda-benda risiko begini tolong haram terus," katanya.

Bagi Faezah Za pula, 'jelly ball' juga tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana saiznya yang besar.

"Saiznya bahaya, kalau sumi lain lah senang pecah tetapi 'jelly ball' sangat kenyal," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!