Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan

Jalan Tanjung Sedili di Kampung Gembut yang ditutup kepada semua kenderaan. Foto JKR Kota Tinggi
Jalan Tanjung Sedili di Kampung Gembut yang ditutup kepada semua kenderaan. Foto JKR Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, daripada jumlah itu terdapat lima laluan yang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

"Berdasarkan maklumat yang dibekalkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor laluan terbabit ialah FT003 (Seksyen 51.50 - 51.70) Jalan Johor Bahru - Endau, FT091 (Seksyen 2.50 - 2.60) Jalan Kota Tinggi - Kluang dan FT092 (Seksyen 34 - 34.5): Jalan Kota Tinggi - Sg Rengit.

"Turut ditutup ialah FT99 (Seksyen 42.50 - 43) Jalan Lok Heng / Mawai / Sg. Mas dan J172 (Seksyen 1.80 - 2.00): Jalan Mawai Lama (Rumah Burung)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Anggota polis menjalankan pemantauan di lokasi air melintasi jalan di KM 4 Jalan Gembut, Tanjung Sedili Kota Tinggi. Foto IPD Kota Tinggi
Anggota polis menjalankan pemantauan di lokasi air melintasi jalan di KM 4 Jalan Gembut, Tanjung Sedili Kota Tinggi. Foto IPD Kota Tinggi

Sementara itu, terdapat lima jalan di daerah ini hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

"Ia membabitkan FT003 (Seksyen 60.00 - 61.00) Johor Bahru - Endau (Yatama City) dan FT003 (Seksyen 46.00 - 46.10) Johor Bahru - Endau (PS Tebrau).

"J175 (Seksyen 0.20 - 0.40) Kg Lukut Cina - Kg Batu Ampat (Tmn Aman), J179 (Seksyen 8.0 - 8.10) Jalan Perani (Ladang FIMA) dan J175 (Seksyen 2.80 - 3.30) Kg Lukut Cina - Kg Batu Ampat (Kolam Ikan)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Menurut Azmi, di Kluang terdapat satu jalan yang hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja iaitu FT050 (Seksyen 71.0 - 71.20) Jalan Batu Pahat - Jemaluang.

Tinjauan di Jalan Lukut Cina berdekatan Taman Aman dan Taman Mawai yang sebelum ini ditutup kepada semua kenderaan telah dibuka dan boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!