Tahniah kepada pemilik kucing yang jaga hati jiran

Kecoh di media sosial apabila seorang lelaki memuat naik foto menangkap kucing jiran dan membuang di tempat lain.
Kecoh di media sosial apabila seorang lelaki memuat naik foto menangkap kucing jiran dan membuang di tempat lain.
A
A
A

KECOH di media sosial apabila seorang lelaki memuat naik foto menangkap kucing jiran dan membuang di tempat lain kerana tidak tahan kena bersihkan tahi kucing setiap hari.

Individu terbabit memberi alasan tidak mahu membuat bising kepada tuan kucing sebaliknya menyelesaikan masalah itu dengan cara tersendiri.

Ada yang marah dan ada pula yang menyokong perbuatan tersebut.

Merak Jalanan memuji pemilik kucing yang benar-benar bertanggungjawab dan peka jika haiwan peliharaannya berak di kawasan rumah jiran.

Namun malangnya, tidak semua pemilik kucing berada dalam kategori ini. Ada segelintir yang terlalu selesa dengan ayat ‘alah, kucing je’ dan mahu semua jiran ada sifat ihsan terhadap makhluk lain.

Realitinya, setiap pagi jiran kena hadap tahi kucing sambil menahan sabar dan amarah. Tuan kucing pula tenang sahaja di rumah dan berbangga menjadi pencinta kucing.

Isu ini bukan soal benci atau sayang kucing, sebaliknya tanggungjawab memeliharanya yang bukan sekadar memberi makan dan memuat naik gambar di media sosial.

Ia datang bersama kewajipan memastikan haiwan itu tidak menjadi punca gangguan kepada orang lain. Dalam pada mencari pahala memelihara haiwan, boleh bertukar mendapat dosa kerana menyakiti hati jiran.

Kepada pemilik kucing yang benar-benar menjaga adab, sekali lagi Merak Jalanan ucapkan tahniah. Anda bukan sahaja pandai menjaga haiwan malah bijak memelihara keharmonian kejiranan.

Artikel Berkaitan:

Kepada yang masih menganggap najis kucing di rumah orang lain sebagai hal kecil, mungkin sudah tiba masa anda berhenti membela kucing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!