40 peratus polis Terengganu lebih berat badan

Mohd Khairi memeriksa perbarisan ketika majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Isnin.
Mohd Khairi memeriksa perbarisan ketika majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Isnin.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Sebanyak 40 peratus pegawai dan anggota polis di Terengganu tidak memenuhi syarat indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 28 bagi melayakkan mereka disahkan kenaikan pangkat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan bagi menyuntik semangat terutama mereka yang belum memenuhi ukuran nilai berat badan ditetapkan.

Menurutnya, syarat indeks jisim tersebut bukan sekadar untuk kenaikan pangkat namun merupakan langkah untuk sentiasa sihat ketika bertugas di lapangan.

"Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan Kontinjen Terengganu yang mempunyai keseluruhan kira-kira 3,900 pegawai dan anggota berada dalam keadaan sihat dan cergas.

"Selain program kayuhan basikal, aktiviti sukan seperti mendaki bukit serta jogging juga antara riadah dilakukan. Mereka yang punyai BMI masih kurang daripada 28, diharap dapat terus berusaha mencapainya," katanya.

Mohd Khairi (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Sharudin Abdul Wahab (kanan) dan Zainul Mujahidin Mat Yudin (kiri) di perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, Terengganu pada Isnin.
Mohd Khairi (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Sharudin Abdul Wahab (kanan) dan Zainul Mujahidin Mat Yudin (kiri) di perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, Terengganu pada Isnin.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, di Kuala Berang di sini pada Isnin.

Pada majlis tersebut, Superintenden Sharudin Abdul Wahab dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu menggantikan Deputi Superitenden Zainul Mujahidin Mat Yudin yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khairi berkata, sebanyak 7,739 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Selamat 23/2025 Tahun Baharu Cina di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Kebanyakan kesalahan itu melibatkan memandu melebihi had laju. Selain itu hanya satu kemalangan maut direkodkan dalam sepanjang tempoh pelaksanaan.

"Kes tersebut membabitkan penunggang motosikal di daerah Kemaman," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!