Lari tinggal motosikal selepas bergelut dengan anggota polis

Seorang lelaki bertindak meninggalkan motosikal ditunggangnya sebelum melarikan diri dalam pergelutan melibatkan anggota trafik di Persiaran Batu Belah, Bukit Raja pada Selasa. Gambar hiasan
Seorang lelaki bertindak meninggalkan motosikal ditunggangnya sebelum melarikan diri dalam pergelutan melibatkan anggota trafik di Persiaran Batu Belah, Bukit Raja pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki bertindak meninggalkan motosikal ditunggangnya sebelum melarikan diri dalam pergelutan melibatkan anggota trafik di Persiaran Batu Belah, Bukit Raja pada Selasa.

Kejadian itu tular menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun TikTok oleh seorang individu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sekatan jalan raya (SJR) di lokasi berkenaan.

"Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, seorang lelaki tempatan menunggang motosikal jenis Honda RS 150 melalui SJR berkenaan sebelum berlaku pergelutan antara suspek dengan anggota polis bertugas.

"Suspek kemudian bertindak meninggalkan motosikal miliknya itu di SJR berkenaan sebelum melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, motosikal milik suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk tindakan lanjut.

"Motosikal milik suspek disita dan siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Maklumat kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!