Kes tipu umrah: Jemaah terkandas kemuka tiga syor tindakan tegas

Ena (tiga dari kiri, depan) bersama beberapa jemaah umrah yang terkandas menunjukkan memorandum terbuka di bangunan MOTAC, Putrajaya pada Rabu.
Ena (tiga dari kiri, depan) bersama beberapa jemaah umrah yang terkandas menunjukkan memorandum terbuka di bangunan MOTAC, Putrajaya pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pemulangan semula wang, pelaksanaan tindakan tegas terhadap pemilik syarikat dan penambahbaikan sistem skor bagi memantau operasi agensi pelancongan antara syor yang dikemukakan wakil jemaah umrah terkandas.

Pengarah Mind Pro Management, Ena Awil yang mewakili jemaah berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) dan budi bicara agensi terlibat untuk berbuat demikian dengan kadar segera bagi menyelesaikan kemelut yang melanda jemaah.

Menurutnya, ia kerana permasalahan yang berlaku bukan sahaja melibatkan jemaah dari Malaysia, tetapi juga rakyat Brunei dan Singapura.

Jelasnya, mangsa penipuan syarikat berkenaan dianggarkan semakin ramai dari semasa ke semasa dan ia secara tidak langsung merekodkan peningkatan jumlah kerugian terhadap jemaah yang terlibat.

“Jika dalam tempoh sebulan, anggaran jemaah yang bakal terkesan akibat penipuan agensi ini seramai 500 jemaah, dijangkakan mangsa boleh mencecah 6,000 orang untuk setahun.

“Sekiranya angka tersebut tepat, anggaran jualan bagi tempoh setahun untuk golongan jemaah terkandas dan bakal terkandas berjumlah RM33 juta.

“Inilah kebimbangan utama jemaah iaitu mahu wang mereka dipulangkan semula dan syarikat terbabit wajib bertanggungjawab.

“Beri juga pampasan tambahan sebagai ganti rugi moral, emosi serta kos sampingan lain,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika sesi penyerahan memorandum terbuka kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff di bangunan MOTAC di sini pada Rabu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke tanah suci, tetapi ditunda syarikat pengendali umrah berkenaan.

Difahamkan, 20 jemaah umrah sahaja yang menerima pemulangan wang manakala selebihnya tidak.

Selepas tiga hari ‘berkampung’ di premis tersebut, pengarah urusan syarikat berkenaan tampil membuat permohonan maaf terbuka dan menawarkan tiga penyelesaian termasuk pemulangan 100 peratus wang jemaah.

Susulan itu, lelaki itu ditahan polis bagi membantu siasatan dan difahamkan jumlah kerugian kes tipu umrah mencecah RM2.1 juta.

Dalam pada itu, Ena memaklumkan, kementerian digesa menambah baik sistem penilaian skor untuk memantau operasi setiap agensi pelancongan berdasarkan rekod pematuhan yang ditetapkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!