Tebuk buku sorok kokain

Raizam (tiga dari kiri) menunjukkan buku yang dilubangkan bagi menyorokkan dadah kokain sebelum diseludup keluar negara. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Raizam (tiga dari kiri) menunjukkan buku yang dilubangkan bagi menyorokkan dadah kokain sebelum diseludup keluar negara. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

DENGKIL - Sorok dadah di bahagian tengah buku yang dilubangkan antara taktik yang dibongkar selepas tiga kes kejayaan rampasan barang terlarang bernilai RM424,000 itu direkodkan di sekitar Lembah Klang.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @ Mustapa berkata, bagi kes pertama pada 15 Januari, Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memeriksa sebuah gudang syarikat logistik di Petaling Jaya.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui satu kotak mengandungi bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan mampat warna putih disyaki dadah jenis kokain seberat 1.1 kilogram (kg) bernilai RM220,000.

"Kes kedua pula melibatkan pemeriksaan di sebuah gudang syarikat logistik di Petaling Jaya.

JKDM merampas 100 katrij rokok elektronik mengandungi cecair disyaki ganja serta lima batang gulungan kertas berisi leraian ganja di Pusat Mel & Kurier di KLIA, 30 Disember lalu. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
JKDM merampas 100 katrij rokok elektronik mengandungi cecair disyaki ganja serta lima batang gulungan kertas berisi leraian ganja di Pusat Mel & Kurier di KLIA, 30 Disember lalu. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Satu parcel didapati mengandungi bungkusan berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis kokain seberat 1kg bernilai RM200,000," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Dengkil di sini pada Rabu.

Beliau berkata, modus operandi ini ialah menggunakan khidmat kurier udara selain mengikrar dagangan sebagai 'new gift book' dan 'toys'.

Menurut Raizam, salah satu kes ini dikesan menyorokkan kokain itu di bahagian tengah buku yang dilubangkan dan ini antara taktik lama yang dikesan beberapa tahun sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Kokain ini dari dalam negara dan akan diseludup keluar," ujarnya.

Bagi kes ketiga, Raizam berkata, JKDM merampas dadah jenis ganja seberat 1.29 kg bernilai RM4,000 selepas sitaan satu parcel di Pusat Mel & Kurier di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 30 Disember lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 akta sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!