Himpunan Anti Rumah Anutan Haram: Polis beri peringatan jangan sentuh isu 3R

Sazalee
Sazalee
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberi peringatan pihak penganjur agar tidak membuat provokasi dan melontarkan kenyataan berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) dalam Himpunan Anti Rumah Anutan Haram berhampiran kompleks beli-belah Sogo di sini Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, satu perjumpaan dengan pihak penganjur telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis.

"Enam orang daripada pihak penganjur telah hadir ke IPD (Dang Wangi) kira-kira jam 2.30 petang tadi.

"Kita memberi peringatan dan garis panduan agar tidak menyentuh isu 3R khususnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Tegasnya, sekiranya dikesan dan mereka ingkar dengan garis panduan ditetapkan, tindakan akan diambil mengikut lunas undang-undang.

Jelasnya, keanggotaan polis daripada pelbagai eleman berada dalam keadaan siap sedia bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sekitar lokasi himpunan.

Terdahulu, Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram Zamri Vinoth mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan tentang perhimpunan tersebut seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebanyak 141 NGO dijangka menyertai perhimpunan tersebut, yang dijadualkan bermula pukul 8 malam bagi memastikan undang-undang terhadap pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat secara haram dikuatkuasakan.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis memberi peringatan kepada penganjur Himpunan Anti Rumah Anutan Haram supaya tidak menyentuh isu agama, kaum, dan institusi diraja
  • Perjumpaan antara polis dan penganjur telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi
  • Enam orang dari pihak penganjur telah menghadiri perjumpaan tersebut
  • Sekiranya terdapat pelanggaran garis panduan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang
  • Himpunan itu melibatkan penyertaan 141 NGO dan dijadualkan bermula pukul 8 malam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!