Kedai musnah depan mata dibadai ombak besar

Abdul Wahab melihat keadaan chaletnya yang runtuh ekoran hakisan akibat ombak besar yang melanda semasa tinjauan di Kampung Tanjung, Batu Rakit pada Isnin. Foto Bernama
Abdul Wahab melihat keadaan chaletnya yang runtuh ekoran hakisan akibat ombak besar yang melanda semasa tinjauan di Kampung Tanjung, Batu Rakit pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang peniaga makanan dan hasil laut di Kampung Tanjung, Batu Rakit, di sini hanya mampu termenung memikirkan nasib diri selepas premis perniagaan yang diusahakan lebih 20 tahun runtuh akibat hakisan dalam kejadian ombak besar malam tadi.

Manan Ali, 70, berkata, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan rasa sedihnya ketika melihat kedai itu yang menjadi punca rezekinya sekeluarga musnah di depan mata.

Beliau berkata, hakisan yang semakin teruk beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan bahagian belakang kedai itu runtuh 29 November lepas, diikuti runtuhan kedua pada 28 Disember.

"Kemuncaknya pada jam 9.30 malam tadi apabila angin kuat dan ombak besar meranapkan kedai kami," katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.

Manan berkata, walaupun sedih, beliau reda dengan ujian berkenaan dan berharap pihak berkuasa dapat mencari penyelesaian terbaik untuk membantu penduduk di kawasan itu yang diancam masalah hakisan serius.

Keadaan sebuah kedai makan dan memproses hasil laut rosak teruk selepas dibadai ombak besar malam tadi semasa tinjauan di Kampung Tanjung, Batu Rakit pada Isnin.
Keadaan sebuah kedai makan dan memproses hasil laut rosak teruk selepas dibadai ombak besar malam tadi semasa tinjauan di Kampung Tanjung, Batu Rakit pada Isnin.

Sementara itu, pemilik chalet Abdul Wahab Othman, 65, berkata, beliau bergegas pulang dari Kuala Lumpur untuk memeriksa keadaan rumah penginapannya selepas dimaklumkan penduduk kampung.

Abdul Wahab berkata, ombak besar menyebabkan beliau rugi besar selepas dua chaletnya runtuh menyembah bumi, namun tetap bersyukur kerana enam bilik penginapan masih selamat dengan hanya ada kerosakan kecil.

Artikel Berkaitan:

"Hakisan tahun ini terburuk dalam tempoh 20 tahun, ombak besar serta angin kencang kali ini berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya dan sangat menakutkan," katanya.

Keadaan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang rosak teruk akibat hakisan pantai ekoran dibadai ombak besar sejak beberapa hari lepas semasa tinjauan pada Isnin. Foto Bernama
Keadaan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang rosak teruk akibat hakisan pantai ekoran dibadai ombak besar sejak beberapa hari lepas semasa tinjauan pada Isnin. Foto Bernama

Pengusaha kedai Kopi Payung, Muhd Rushdi Samsudin, 43, pula berkata, beliau mengambil keputusan mencabut semua atap kedainya kerana bimbang diterbangkan angin malam ini.

Muhd Rushdi berkata, sebelum ini beliau telah menghabiskan ribuan ringgit membina benteng yang diperbuat daripada karung pasir untuk mengurangkan kesan hakisan, tetapi semuanya musnah dihanyutkan ombak besar.

"Saya tak mahu ambil risiko kerana ombak sangat besar sehingga melebihi tiga meter. Semua barang-barang telah saya bawa keluar petang semalam dan berdoa supaya kedai selamat," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!