2,020 peserta dikir barat catat rekod baharu MBOR

Nurul Fatihah (tengah) menyampaikan pengiktirafan MBOR – The Largest Multilingual Dikir Barat Performance sempena Himpunan Pendikir Muda 2020 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu hari ini. - Foto Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)
Nurul Fatihah (tengah) menyampaikan pengiktirafan MBOR – The Largest Multilingual Dikir Barat Performance sempena Himpunan Pendikir Muda 2020 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu hari ini. - Foto Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)
A
A
A

KUALA NERUS - Persembahan dikir barat selama satu jam menggunakan lapan bahasa oleh seramai 2,020 pendikir muda sempena Himpunan Pendikir Muda 2020 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Persembahan yang mendapatkan pengiktirafan MBOR – The Largest Multilingual Dikir Barat Performance itu disampaikan dalam bahasa Melayu, Hindi, China, Jepun, Jawa, Inggeris, Thailand dan Arab.

Ia disampaikan oleh 84 kumpulan pendikir dari 68 sekolah rendah dan menengah, tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 12 kumpulan pendikir belia.

Pengerusi Persatuan Penggiat Seni Dikir Barat Terengganu, Sulizi Che Awang berkata, pihaknya mengambil masa selama dua bulan untuk membuat persiapan bagi persembahan itu.

"Kita telah rancang program ini dalam tempoh dua tahun bermula 2018 dan 2019. Saya amat bersyukur kerana ia berjaya direalisasikan tahun ini.

"Dalam tempoh dua bulan kita buat persediaan termasuk untuk pemilihan lagu-lagu yang akan disampaikan dalam persembahan ini," katanya yang berpengalaman selama 32 tahun dalam persembahan kesenian itu.

Seramai 2,020 peserta menyertai Himpunan Pendikir Muda 2020 yang mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Record hari ini.
Seramai 2,020 peserta menyertai Himpunan Pendikir Muda 2020 yang mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Record hari ini.

Majlis penyerahan pengiktirafan MBOR itu disampaikan Pegawai MBOR, Nurul Fatihah Mahmood kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman sebaik program itu berakhir petang tadi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ariffin berkata, Himpunan Pendikir Muda 2020 merupakan pembuka tirai kepada kalendar acara Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang masih berbaki 25 acara bagi menarik pengunjung dan pelancong ke negeri itu.

Katanya, usaha itu selaras kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

"Idea Himpunan Pendikir Muda 2020 mula dicetuskan apabila penganjuran Pertandingan Dikir Barat Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu diadakan bermula 2018 dan 2019.

"Dengan sambutan luar biasa daripada sekolah terlibat, satu kerangka kerja dibina sebagai tanda aras pencapaian dalam penganjuran program dikir barat.

"Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pelancongan Negeri, Jabatan Pendidikan serta Persatuan Penggiat Seni Dikir Barat atas kejayaan dan usaha bagi menyemarakkan seni budaya warisan negara," katanya.