Kolej Ketengah akan dijenama semula sebagai Kolej TVET

Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah akan dijenamakan semula sebagai Kolej Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Ketengah.
Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah akan dijenamakan semula sebagai Kolej Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Ketengah.
A
A
A

DUNGUN - Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan dijenamakan semula sebagai Kolej Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Ketengah bagi memperkukuh peranannya sebagai peneraju program itu di negeri tersebut.

Pengerusi Kolej Ketengah, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, langkah itu diambil selaras dengan hasrat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melahirkan lebih ramai generasi muda berkemahiran tinggi.

"Penjenamaan semula bertujuan memastikan kolej kekal relevan dengan keperluan industri dan kehendak pasaran pekerjaan semasa selain memperluas peluang pendidikan berasaskan kemahiran,” katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Ahmad Razif berkata, antara inisiatif akan dilaksanakan dalam usaha merealisasikan Kolej TVET Ketengah ialah pengenalan konsep program berkembar dan kolaborasi dengan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan dan syarikat swasta.

"Kolej TVET Ketengah akan bekerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi mengoptimumkan kos penyediaan fasiliti dan latihan praktikal dijalankan di institusi rakan kolaborasi.

"Kolej juga memberi tumpuan kepada program profesional seperti automotif melalui kerjasama berkembar dengan Perodua bagi membolehkan penuntut menjalani latihan industri di syarikat berkenaan sebelum diserap sebagai tenaga kerja,” katanya.

Ahmad Razif berkata, kolej itu turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa pusat pengajian tinggi lain seperti Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Selain itu, pengurusan kolej berbangga dengan pencapaian terbaharu apabila kursus Diploma Pengurusan Pelancongan Islam yang diperkenalkan pada 2022 memperoleh akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 18 Januari.

"Pengiktirafan MQA memberi keyakinan kepada pelajar untuk memohon melanjutkan pengajian dalam kursus tersebut di kolej ini,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

TAG: Kolej Ketengah, TVET, penuntut, automotif

 

 

 

Ringkasan AI

  • Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah akan dijenamakan semula sebagai Kolej Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Ketengah
  • Langkah ini selaras dengan hasrat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk melahirkan lebih ramai generasi muda berkemahiran
  • Penjenamaan semula bertujuan memastikan kolej kekal relevan dengan keperluan industri dan memperluas peluang pendidikan berasaskan kemahiran
  • Kolej TVET Ketengah akan bekerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur dan syarikat swasta untuk mengoptimalkan kos penyediaan fasiliti dan latihan praktikal
  • Diploma Pengurusan Pelancongan Islam yang diperkenalkan pada 2022 memperoleh akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia pada 18 Januari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!