'Kami berhimpun secara aman, bukan nak buat provokasi'

Abdul Yunus mengetuai himpunan solidariti yang disertai lebih 200 ahli dari 24 cabang PKR di Perak.
Abdul Yunus mengetuai himpunan solidariti yang disertai lebih 200 ahli dari 24 cabang PKR di Perak.
A
A
A

IPOH - "Kami datang berhimpun secara aman, bukan untuk lakukan provokasi atau tunjuk kekuatan," kata Exco Kerajaan Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Abdul Yunus Jamhari.

Beliau memberi reaksi sedemikian selepas berlaku pertembungan dua kumpulan penyokong pada perhimpunan solidariti buat Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin di hadapan Pejabat PKR Negeri di sini hari ini.

Perhimpunan yang bermula sekitar jam 1.15 petang itu menimbulkan kekecohan dan ketegangan hampir 500 ahli apabila masing-masing saling mencabar dengan laungan kata 'hidup Zuraida' sebelum dibalas 'pecat Zuraida'.

Keadaan itu berlarutan selama lebih 5 minit, namun tiada sebarang provokasi atau kejadian tidak diingini berlaku.

Abdul Yunus berkata, kehadiran satu lagi kumpulan yang menyokong pemecatan Zuraida itu memang sudah dijangka.

Katanya, sebagai ahli parti, mereka mempunyai hak untuk berkumpul menyatakan solidariti kepada pemimpin terutama yang banyak berjasa kepada parti.

"Oleh kerana ia masalah parti, saya kira inilah (hadapan Pejabat PKR) tempat yang sesuai untuk kita suarakan sokongan.

"Perhimpunan ini pun dilakukan secara aman, pihak keselamatan juga sudah dimaklumkan, tiada niat mahu mencetuskan provokasi," katanya kepada pemberita hari ini.

Artikel Berkaitan:

Abdul Yunus pada sidang media hari ini.
Abdul Yunus pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, perhimpunan disertai lebih 200 ahli dari semua 24 cabang PKR Perak termasuk sayap parti itu merupakan suara akar umbi sebenar yang mahu keadilan diberikan terhadap Zuraida atas jasa dan pengorbanannya bersama parti sejak 20 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab: Saifuddin

Zuraida serah surat jawapan tunjuk sebab

Katanya, pimpinan parti juga perlu mengambil kira pencapaian Zuraida melalui usaha serta perlaksanaan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sepanjang pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini.

"Kami menggesa agar tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas Zuraida yang hanya menyatakan kebenaran dalam setiap ucapannya.

"Sepatutnya pengalaman beliau dalam membantu pentadbiran cabang, negeri dan sayap-sayap parti digunakan sepenuhnya bagi memperkukuh parti," katanya.

Perhimpunan solidariti itu dijalankan secara serentak di seluruh negara hari ini memandangkan ia tarikh akhir penyerahan jawapan bertulis atas dakwaan yang dikenakan lembaga disiplin terhadap Zuraida.