Salah 'bukan untuk dijual', Al-Ittihad masih menaruh harapan

Mohamed Salah FOTO: AFP
Mohamed Salah FOTO: AFP
A
A
A

SEORANG lagi bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah dilaporkan akan berpindah ke Arab Saudi bagi menyertai senarai pemain ternama antarabangsa yang lebih awal berhijrah.

Sejumah portal berita antarabangsa melaporkan, pemain kelahiran Mesir itu dikhabarkan sudah bersetuju menyertai kelab Al-Ittihad, namun, sehingga kini tiada sebarang perjanjian dicapai antara kelab Liverpool (kelab disertai Mohamed Salah sekarang) dengan Al-Ittihad.

Mohamed Salah yang berusia 31 tahun merupakan salah seorang pemain utama di Liverpool dan pencetak gol terbanyak pasukan untuk enam musim terakhir. Seandainya laporan yang dibuat Khamis benar, maka beliau sudah tentu tergoda dengan tawaran gaji yang sangat lumayah untuk meninggalkan salah sebuah kelab bola sepak paling terkenal di England.

Sekiranya Mohamed Salah nekad untuk meninggalkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL), maka penghijrahan itu kelak akan memperlihatkan keupayaan signifikan Liga Pro Saudi (SPL) yang kelab-kelabnya berjaya membawa masuk sekumpulan pemain elit dari serata dunia pada musim panas ini termasuk Neymar, Karim Benzema, N'Golo Kante dan Riyad Mahrez.

Empat pasukan bola sepak teratas di Arab Saudi termasuk Al-Ittihad, telah diambil alih oleh Dana Pelaburan Awam negara tersebut sekali gus memberi mereka akses kepada jumlah wang yang besar untuk menarik beberapa pemain terbaik dunia ke Arab Saudi, ketika SPL merancang untuk meningkatkan profilnya dan menjadi salah satu liga terbaik dunia.

Sementara it, portal sukan The Athletic pula melaporkan, Liverpool awal-awal lagi telah menegaskan kepada Al-Ittihad bahawa Mohamed Salah "bukan untuk dijual."

Bahkan, pada awal bulan ini, ejen Mohamed Salah sendiri telah memaklumkan di media sosial bahawa pemain itu tidak akan meninggalkan Liverpool selepas menandatangani kontrak pada musim panas tahun lepas yang bernilai kira-kira 350,000 pound British (RM2 juta) seminggu. - Agensi

Artikel Berkaitan: