Zuraida serah surat jawapan tunjuk sebab

Lebih 200 penyokong Zuraida mengiringi Nor Hizwan selepas beliau menyerahkan jawapan surat tunjuk sebab Zuraida di Petaling Jaya semalam. (Gambar kecil: Zuraida Kamaruddin)
Lebih 200 penyokong Zuraida mengiringi Nor Hizwan selepas beliau menyerahkan jawapan surat tunjuk sebab Zuraida di Petaling Jaya semalam. (Gambar kecil: Zuraida Kamaruddin)
A
A
A

PETALING JAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin semalam menyerah surat balas bagi menjawab tiga soalan utama dikemukakan lembaga disiplin parti terhadap beliau berhubung dakwaan salah laku disiplin.

Surat balas itu diserahkan oleh Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad kepada wakil Lembaga Disiplin PKR di Ibu Pejabat PKR di Jalan Tropicana Selatan di sini.

Nor Hizwan berkata, selepas penyerahan surat balas berkenaan, Zuraida tetap menjalankan tugas seperti biasa sebagai Naib Presiden PKR dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Beliau akan terus berkhidmat dan terpulang kepada penilaian dan proses seterusnya oleh lembaga disiplin,” katanya ditemui pemberita selepas menyerahkan surat balas itu hari ini.

Hari ini merupakan hari terakhir daripada 14 hari diberikan kepada Zuraida bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikemukakan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim bertarikh 15 Januari lalu.

Sementara itu, ditanya mengapa Zuraida mengemukakan surat tunjuk sebab itu pada saat saat akhir, Hizwan berkata, pihaknya terpaksa meneliti segala soalan dikemukakan lembaga disiplin sebelum membuat surat balas.

“Kita perlu teliti sebab persoalannya panjang. Ada tiga soalan dan sub soalan. Jadi kita ambil masa untuk jawab surat berkenaan dan ditulis sendiri oleh Zuraida setelah kita teliti pertuduhan dan selesai menjawab surat berkenaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida tak terima notis tuntutan saman: SU Politik

Isu Zuraida: Anwar minta penyokong, pihak membantah bersurai

Dalam pada itu, Nor Hizwan menafikan dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution bahawa pihaknya sudah menerima surat saman daripada pihak Saifuddin.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai kekecohan antara pihak yang menyokong dan membantah pemecatan Zuraida, Nor Hizwan menyifatkan ia perkara biasa berlaku dalam PKR yang meraikan suara demokrasi ahli parti dan mereka berhak untuk menyatakan pendirian masing-masing.