Koronavirus: Jangkitan lebih tinggi daripada SARS

Hari ini, Suruhanjaya Kesihatan China mengesahkan angka kematian naik kepada 132 orang dengan 26 kematian baharu dan 1,459 kes baharu yang disahkan.
Hari ini, Suruhanjaya Kesihatan China mengesahkan angka kematian naik kepada 132 orang dengan 26 kematian baharu dan 1,459 kes baharu yang disahkan.
A
A
A

BEIJING - Jumlah kes koronavirus yang disahkan di China kini meningkat kepada 5,974 kes, lebih tinggi berbanding wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2002 hingga 2003 yang mengorbankan hampir 800 nyawa di seluruh dunia.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), SARS menjangkiti 5,327 orang di China dalam tempoh sembilan bulan dan mengorbankan 394 individu.

Hari ini, Suruhanjaya Kesihatan China mengesahkan angka kematian naik kepada 132 orang dengan 26 kematian baharu dan 1,459 kes baharu yang disahkan.

Petugas kesihatan memeriksa suhu orang awam wanita bagi menangani penularan wabak koronavirus. Foto: Getty Images
Petugas kesihatan memeriksa suhu orang awam wanita bagi menangani penularan wabak koronavirus. Foto: Getty Images

Menurut badan kesihatan itu, pihaknya juga sedang memantau lebih 9,000 kes yang disyaki dijangkiti koronavirus tersebut.

Kematian dan jangkitan baharu yang dilaporkan semuanya berlaku di tanah besar China dengan 125 kes di Hubei dan tujuh wilayah lain.

Kira-kira 3,300 orang dimasukkan ke hospital di Hubei dengan lebih 20,000 orang dalam pemantauan. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN Koronavirus: Angka korban di China meningkat kepada 132

Datuk Bandar Wuhan mengaku sembunyi maklumat koronavirus

Artikel Berkaitan: