Isu komen gaji tertunggak, Dr Fie tampil mohon maaf

Dr Fie mengakui dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan mempunyai banyak kekurangan.
Dr Fie mengakui dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan mempunyai banyak kekurangan.
A
A
A

PEMPENGARUH, Dr Fie tampil memohon maaf susulan responnya ketika membaca sebuah komen netizen mengenai individu yang meninggal dunia ketika menunggu bayaran gaji.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie mengakui dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan mempunyai banyak kekurangan.

“Maaf sekiranya saya terlepas pandang dengan tingkah laku saya. Saya bukan manusia sempurna. Saya juga ada kekurangan, kesilapan dan sisi kehidupan yang mungkin orang tak pernah tahu.

“Di sebalik nama yang sedang dibicarakan, ada manusia yang punya hati, keluarga dan maruah untuk dijaga.

Dalam masa sama, Dr Fie menegaskan bahawa dia memilih untuk tidak membalas kecaman dengan kebencian sebaliknya dia berharap agar semua pihak tidak mudah menghakimi dan lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

“Saya memilih untuk tidak membalas kebencian dengan kebencian. Semoga Allah pelihara hati kita daripada terlalu mudah menghukum dan semoga kita tidak menjadi sebab seseorang terluka dengan kata-kata kita,” tulisnya.

Terdahulu, ketika mengadakan siaran langsung di TikTok, Dr Fie membaca komen seorang netizen yang mendakwa terdapat individu meninggal dunia ketika menunggu bayaran gaji daripada suaminya, Kapten Amrul.

Perkara itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila ada yang menyifatkan responnya sebagai tidak sensitif terhadap isu berkenaan.

Difahamkan, komen berkenaan merujuk kepada pemergian Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada 8 September lalu. Allahyarham merupakan bekas pekerja Kapten Amrul.

Sebelum ini, bekas isteri Kapten Amrul turut pernah mendedahkan mengenai tunggakan bayaran gaji juruterbang di bawah syarikat Kapten Amrul. - Gempak

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!